Ini 3 Ciri Face Mask Fabrik Yang Disarankan Oleh WHO

Sejak berlakunya pandemik Covid-19 di negara ini, pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19, termasuklah penguatkuasaan pemakaian pelitup muka atau face mask di tempat awam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, face mask atau pelitup muka merupakan satu kaedah pencegahan yang penting bagi mengelakkan penyebaran (60%) penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus, termasuk Covid-19.

Malah, kerajaan juga telah mewajibkan penggunaan face mask dalam pengangkutan awam dan di tempat awam yang sesak sejak 1 Ogos 2020.

Walaupun sebelum ini kerajaan tidak mewajibkan pemakaian face mask, tetapi rakyat dilihat semakin alpa dalam mematuhi SOP yang ditetapkan.

Oleh itu, bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh orang ramai yang berpendapatan rendah.

Mereka ini juga boleh menggunakan face mask yang dijahit sendiri mengikut spesifikasi yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) seperti di bawah:

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1286217311896997895?s=20

1. Lapisan dalamnya perlu menyerap air

Contohnya seperti kapas atau campuran kapas. Fungsinya, bagi menyerap titisan cecair.

Sumber Gambar: Sleep Phones

2. Lapisan tengah perlu bersifat menghindar penyerapan air

Contoh ianya diperbuat daripada bahan sintetik, bukan tenunan seperti Polipropilena atau lapisan kapas. Fungsinya, bagi meningkatkan penapisan atau menyerap titisan cecair.

Sumber Gambar: Popular Science

3. Lapisan luar juga perlu bersifat menghindar penyerapan air

Contoh bahan adalah Polipropilena, poliester atau campurannya. Fungsinya adalah untuk menghadkan pencemaran dari luar menembus masuk ke dalam hidung dan mulut pemakai.

Jadi, tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia pula adalah untuk terus patuhi SOP terutamanya dengan memakai face mask dengan betul, cuci tangan, dan sentiasa menjaga penjarakan fizikal. Stay safe!

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi yang bantu anda cari, mohon dan banding pinjaman yang bersesuaian dengan keperluan anda. Semak kelayakan anda secara percuma hari ini.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter