Direct Lending

Ini 6 Cara Kreatif Simpan Duit

Seramai 63% yang bekerja dalam tempoh 1 sehingga 3 tahun mempunyai simpanan yang boleh bertahan kurang daripada 1 bulan mengikuti survei daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.

Tapi, macam mana jika berlakunya kecemasan? Adakah anda mempunyai lebihan wang pada akhir bulan?

Sebenarnya, jumlah dana kecemasan yang disyorkan oleh pakar kewangan adalah 3 sehingga 6 bulan perbelanjaan bulanan. Nampak macam susah nak buat kan?

Jangan risau, hari ini admin akan kongsikan 6 cara mudah untuk menabung. Terpulanglah anda rasa yang mana lebih sesuai dengan diri anda. Janji anda mula menabung!

1. Tabung Paksa Rela

Gambar oleh ASB Loan

Teknik ini sesuai untuk mereka yang rasa susah nak menyimpan atau tidak berdisiplin. Dengan teknik ini, anda perlu mohon pinjaman peribadi dengan bank. Contohnya, ramai yang ikuti teknik ini membuat pinjaman Amanah Saham Bumiputera (ASB). Ia adalah satu bentuk simpanan yang berbentuk pelaburan. Setiap tahun secara purata dividen yang diberi adalah sekitar 5% sehingga 7% mengikuti dividen yang diberikan pada tahun yang sebelumnya.

Jadi, anda tidak mempunyai alasan dan terpaksa ketepikan sebahagian daripada gaji untuk membayar ansuran setiap bulan. Tapi pastikan anda jaga bayaran setiap bulan dan selesaikan pinjaman tersebut dalam jangka masa yang pendek.

2. Tabung Auto Deduction

Gambar oleh Rawpixel

Teknik ini juga dikenali sebagai Teknik Tanpa Sedar. Cara teknik ini berfungsi adalah sebahagian gaji anda akan ditolak terus melalui arahan pemotongan automatik untuk simpanan. Anda juga boleh tetapkan tarikh yang anda ingin membuat auto deduction. Tetapi adalah disarankan untuk terus auto deduct apabila gaji sudah masuk ke dalam akaun.

Selain itu, anda juga boleh membuka 2 akaun simpanan. Satu untuk menerima gaji dan satu lagi sebagai akaun simpanan. Jadi bila gaji dah masuk, bolehlah buat auto deduction dari akaun gaji dan transfer ke akaun simpanan.

Contohnya, anda juga boleh membuat amaun potongan yang sama untuk disimpan di Tabung Haji atau ASB.

3. Tabung RM5

Gambar oleh Kelab Mama

Anda boleh mula fokus untuk simpan duit warna hijau atau RM5. Caranya adalah setiap kali ada duit RM5, kenalah terus disimpan di dalam tabung. Jadi, kenapa RM5?

Sebenarnya anda boleh pilih untuk menyimpan RM10, RM20 atau RM50, ikutlah kemampuan masing-masing. Cuma admin mencadangkan nilai yang lebih rendah agar anda akan lebih bermotivasi apabila ia berhasil. Cuba letakkan syarat kepada diri seperti tabung tersebut hanya boleh dibuka selepas 6 bulan.

4. Tabung Duit Ganjil

Gambar oleh Hafiz Shafie

Dengan teknik ini, anda boleh cuba simpan duit yang jarang kita jumpa seperti wang kertas RM1, RM5 atau RM20. Apabila ada wang kertas RM1, RM5 dan RM20, terus asingkan dan masuk ke dalam tabung. Tetapkan tempoh bulan untuk menyimpan. Untuk bermula, bolehlah cuba teknik ini untuk sebulan.

Jika anda ingin amaun duit simpanan yang tetap setiap bulan, teknik ini mungkin tidak sesuai untuk anda kerana setiap bulan amaunnya mungkin berubah-ubah.

5. Tabung Duit Syiling

Gambar oleh The Vocket

Mungkin ramai dah mula buat teknik ini sejak kecil lagi. Anda boleh belajar simpan wang siling dulu jika rasa wang kertas susah disimpan. Teknik ini amat sesuai untuk yang tidak suka letakkan duit syiling di dompet. Jadi bolehlah menyimpan 10 sen, 20 sen dan 50 sen agar tidak berterabur di merata tempat.

Anda boleh sediakan tabung khas untuk kumpulkan duit syiling 50 sen sahaja atau kumpulkan semua duit syiling ke dalam satu tabung. Terpulanglah kepada diri masing-masing.

6. Beri pada orang lain untuk simpankan

Gambar oleh SAYS

Pastikan individu tersebut adalah orang tersayang atau orang yang boleh dipercayai. Kenapa nak berikan duit kepada orang lain untuk simpankan? Sebab mungkin anda akan rasa segan untuk minta balik duit tersebut. Lama-lama duit tersebut akan berkumpul.

Jadi setiap bulan asingkan amaun yang anda ingin simpan. Lebih baik jika amaun tersebut adalah 10-20% daripada gaji anda.

Mula menabung demi kesejahteraan masa depan

Pilihlah teknik atau cara menabung yang anda rasa sesuai dengan keperluan diri masing-masing. Anda boleh mula menabung dengan jumlah yang kecil. Yang pentingnya, anda mempunyai disiplin dan konsistensi untuk menyimpan. Mula wujudkan ‘jaring keselamatan’ anda kerana kita tidak tahu apa akan terjadi pada kemudian hari.

Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan tambahan, bolehlah layari platform Direct Lending untuk dapatkan pinjaman bank & koperasi terbaik. Kadar serendah 2.75% atau secepat 2 hari bekerja. Semak kelayakan anda secara percuma hari ini. 

Sumber: Sinarplus

Direct Lending

Add comment