8 Cara Clear CCRIS Untuk Bebas dari "Blacklist"
cara clear ccris

8 Cara Clear CCRIS Untuk Bebas dari “Blacklist”

Kami telah menerima banyak pertanyaan daripada pelanggan kami tentang cara membersihkan nama dari “blacklist” bank Malaysia. Ramai orang salah faham tentang rekod CCRIS adalah ‘blacklist’ atau disenarai hitamkan dalam institusi kewangan. Tetapi, adakah anda tahu sebenarnya CCRIS dan CTOS tidak boleh ‘blacklist’ anda? Jika anda mencari cara clear CCRIS untuk kesejahteraan rekod kredit, anda di tempat yang betul! Sebelum itu, jom kita ketahui dulu bagaimana laporan kewangan ini merekod kredit rakyat Malaysia.

Kedua-dua institusi ini hanya memberikan rekod kredit anda kepada institusi kewangan untuk membuat penilaian kredit anda, sebab rekod negatif ini boleh menghalang seseorang itu daripada memperoleh kelulusan pinjaman seperti pinjaman peribadi yang dimohon. Secara asasnya, rekod negatif CCRIS termasuklah memiliki:

  • Pinjaman sedia ada yang tertunggak selama 3 bulan dan keatas di bawah nama anda (walaupun anda peminjam berkongsi)
  • Akaun di bawah pemerhatian khas atau ‘Special Attention Account’ dalam CCRIS (bagi hutang yang telah dihapuskan oleh bank)
  • Tindakan undang-undang (eg. diisytiharkan muflis) yang diambil oleh bank ke atas individu akibat pinjaman yang tidak berbayar
  • Permohonan kredit yang belum lulus atau baru diluluskan dalam tempoh 12 bulan ke belakang.

Dalam artikel yang lepas, kami ada berkongsi perbezaan CCRIS dan CTOS. Artikel kali ini, kami ingin berkongsi tentang cara clearkan CTOS & CCRIS yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan skor kredit yang lebih baik. Jadi, jom terus baca artikel ini untuk tahu cara clear CCRIS yang berkesan!

1. Gabungkan hutang anda & lakukan pembayaran ansuran bulanan secara automatik

Cara clear CCRIS yang selalu dilakukan adalah dengan buat penyatuan hutang. Penyatuan hutang adalah satu kaedah yang menghimpunkan semua hutang yang anda ada kepada satu pinjaman peribadi baru. Kaedah ini boleh memudahkan anda untuk memantau pembayaran pinjaman sebab anda hanya fokus untuk membayar satu ansuran bulanan sahaja. Oleh itu, anda tidak akan menghadapi situasi seperti terlewat membayar bil dan ansuran bulanan. Perlu kami ingatkan sekiranya anda lewat membayar ansuran bulanan pinjaman secara berterusan, ia boleh menjejaskan rekod CCRIS anda secara negatif. Jika anda seorang pelupa, tetapkan pembayaran secara auto debit atau arahan tetap (standing instruction) dan jadualkan tarikh bayaran balik sejurus selepas tarikh gaji bulanan anda.

2. Utamakan jumlah pinjaman yang tertunggak

Gunakan pendapatan anda untuk menyelesaikan sebarang pinjaman tertunggak yang anda miliki dan bukannya membelanjakan untuk makan di luar, membeli pakaian atau alatan baru. Ini adalah salah satu cara clear CCRIS dengan lebih cepat. Walaupun anda mempunyai jumlah tertunggak yang agak besar, cuba amalkan sikap berjimat-cermat untuk satu tempoh agar membolehkan anda menyelesaikan bayaran tertunggak pada kesudahannya. Jika anda menerima apa-apa bonus atau insentif khas daripada majikan anda, gunakannya untuk membayar jumlah tertunggak atau mengurangkan komitmen hutang anda sebelum berbelanja untuk perkara-perkara lain.

3. Peroleh pendapatan tambahan untuk bayar tunggakan pinjaman

Dengan teknologi dan internet, anda boleh memperoleh pendapatan tambahan sambil mempunyai pekerjaan tetap dengan mudah. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan kemahiran anda sebagai jurugambar, penulis, penyimpan kira-kira atau pereka bentuk untuk memperoleh pendapatan tambahan sebagai pekerja bebas sambilan di laman web seperti Upwork atau Fiverr. Terdapat banyak tugasan berkontrak yang ditawarkan dan dibayar dalam dolar AS. Sekiranya, pekerjaan tambahan di hadapan komputer tidak menarik bagi anda, anda boleh manfaatkan kenderaan anda sepenuhnya dan jadi pemandu Grab pada hujung minggu atau selepas waktu kerja.

Di samping itu, jika anda mempunyai barang yang anda tidak mahu lagi tetapi masih boleh digunakan di rumah anda, contohnya barangan bayi atau kanak-kanak, pakaian, buku malahan perabot. Anda hanya perlu tangkap gambar barang tersebut dan iklankan di Carousell, Lelong atau Mudah. Ini juga dapat membantu anda memperoleh tunai tambahan selain mengosongkan ruang di rumah anda.

4. Buat pembiayaan semula hutang kad kredit dengan pinjaman peribadi kadar rendah

Hutang kad kredit merupakan jenis hutang yang sukar dibayar secara teratur oleh ramai rakyat Malaysia. Jika anda mempunyai hutang kad kredit, anda biasanya akan membayar faedah sebanyak 15-18% setiap tahun. Misalnya anda mempunyai hutang kad kredit RM10,000 anda akan membayar sekitar RM500 setiap bulan. Satu cara untuk bantu merendahkan komitmen hutang bulanan anda adalah dengan memilih pinjaman peribadi berfaedah rendah untuk menyelesaikan hutang kad kredit terlebih dahulu. Sebagai contoh, Co-op Bank Pertama mempunyai kadar faedah serendah 2.67% sehingga tempoh 10 tahun (tepat pada waktu menulis). Ini akan bantu mengurangkan komitmen bulanan anda sehingga RM100 setiap bulan. Ini juga membolehkan anda menyalurkan wang tambahan untuk menyelesaikan tunggakan pinjaman.

5. Mohon pinjaman koperasi untuk selesaikan tunggakan pinjaman

Jika anda mempunyai jumlah tunggakan pinjaman yang agak besar, anda boleh memohon pinjaman peribadi bank dan koperasi untuk tutup (overlap) atau menyelesaikan tunggakan hutang. Ini akan membolehkan anda menghapuskan hutang senarai hitam ini daripada rekod CCRIS anda. Dalam sesetengah kes, kadar faedah untuk pinjaman koperasi adalah lebih rendah daripada pinjaman peribadi yang tidak dijamin oleh bank komersial.

Pinjaman koperasi juga menjadi pilihan penjawat awam kerana ianya mempunyai proses kelulusan yang lebih longgar berbanding bank komersial kerana bayaran balik dibuat menerusi potongan gaji. Namun, anda harus ingat komitmen untuk membayar balik tetap ada. Jadi, pastikan anda tidak terlepas bayaran balik anda.

6. Pilih pinjaman peribadi online yang cepat dan selamat

Jika anda bekerja di sektor swasta dan mempunyai masalah tunggakan dalam laporan CCRIS, anda boleh juga mohon pinjaman wang dengan jumlah yang sedikit dan tempoh pinjaman yang singkat. Situasi seperti ini sesuai jika anda mempunyai jumlah tunggakan yang kecil dan memerlukan pinjaman wang segera. Ingat, walaupun jumlah tunggakan hutang kecil tapi ia tetap menjadi punca permohonan pinjaman anda ditolak bank.

cara clear ccris
Contoh laporan CCRIS dengan 2 tunggakan pinjaman

Jadi, sekiranya anda urgent nak pinjam duit kecemasan anda boleh mohon dulu pinjaman peribadi dengan amaun yang kecil di platform pinjaman wang berlesen yang cepat dan selamat. Terdapat beberapa pinjaman wang berlesen tidak mempunyai syarat kelulusan pinjaman yang ketat. Misalnya, jika anda terlepas pembayaran untuk 2 bulan tetapi sentiasa konsisten membayar ansuran bulanan pada bulan seterusnya pemberi pinjaman mungkin akan bertolak ansur dan meluluskan permohonan pinjaman anda.

7. Bincang jadual alternatif untuk pembayaran balik pinjaman

Jika gaji semasa tidak dapat menampung bayaran balik pinjaman anda secara bulanan, bincang dengan bank anda untuk menjadualkan semula bayaran balik tersebut. Tetapi, pastikan anda mampu mengikut jadual tersebut. Pihak bank mungkin tidak bersetuju, tetapi anda tidak rugi apa-apa untuk bertanya mengenainya, terutamanya jika anda boleh menunjukkan komitmen dan keupayaan anda untuk membuat pembayaran berdasarkan tempoh yang telah dijadualkan semula. Pihak bank juga mempunyai kepentingan untuk menerima jumlah bayaran penuh tanpa perlu mengambil tindakan undang-undang yang memakan masa.

8. Jadi berdisiplin dari segi kewangan sepanjang masa

Hanya pinjam jumlah yang anda benar-benar perlukan dan mampu bayar. Bayar pinjaman seperti hutang kad kredit, kereta dan pinjaman peribadi tepat pada masanya secara konsisten. Selain itu, semak laporan CCRIS anda dari masa ke masa. Anda boleh semak rekod kredit individu secara percuma. Anda hanya perlu lawati portal eCCRIS, mengunakan kiosk CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur, Pejabat BNM dan cawangan-cawangan AKPK.

Ini membolehkan anda untuk menyemak mana-mana status pinjaman yang tidak dikemas kini dalam CCRIS. Jika tidak dikemaskini, hubungi bank yang berkenaan dan minta pihak bank tersebut untuk mengemas kini status pinjaman.

Mengekalkan rekod CCRIS yang baik adalah sebuah komitmen jangka panjang. Adalah penting bagi anda untuk berbuat demikian supaya anda boleh menikmati fleksibiliti kewangan dan mengejar impian anda untuk membeli rumah idaman keluarga, mengembangkan sayap perniagaan anda, melanjutkan pelajaran dan banyak lagi.

Tonton video kami tentang cara untuk bersihkan rekod buruk CCRIS:

Video: Cara Clear CCRIS

Tempoh Clear Nama CCRIS

Jika anda sudah berjaya menyelesaikan tunggakan pinjaman, maklumat CCRIS anda akan dikemaskini oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada hari ke-10 setiap bulan. Sebagai contoh, anda telah membayar semua tunggakan pinjaman pada 26hb Jun dan menyemak laporan CCRIS pada 11hb bulan seterusnya anda akan nampak rekod pembayaran pada bulan Jun telah dikemaskini menjadi “0” – bermaksud tiada baki tunggakan pinjaman. Laporan CCRIS menunjukkan semua pinjaman anda yang belum diselesaikan, eg jenis kemudahan kredit, rekod pembayaran, jumlah ansuran, had kredit dan permohonan kredit yang telah diluluskan atau dalam proses dikira daripada 12 bulan yang lalu.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian yang membawa misi untuk memberikan pinjaman mudah, selamat dan berpatutan untuk semua individu yang bekerja keras. Kami bantu peminjam untuk cari, mohon dan peroleh pinjaman yang sesuai dengan mereka. Perkhidmatan kami adalah 100% percuma.

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 11 Disember 2017 dan dikemas kini pada 31 Mei 2022.

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan