7 Cara Bayar PTPTN, Bebas Hutang Dengan Lebih Cepat
cara bayar ptptn

7 Cara Bijak Bayar PTPTN, Bebas Hutang Dengan Lebih Cepat

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwujudkan dengan tujuan memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan.  Namanya pun pinjaman, jadi graduan diberi tanggungjawab untuk membuat pembayaran balik selepas tamat pengajian. Namun, sering kali kita dengar graduan tersangkut dan berdepan kesukaran membuat bayaran balik PTPTN selepas tamat pengajian. Ini adalah cara bayar PTPTN dengan bijak untuk selesaikan hutang lapuk dengan cepat.

Tips Untuk Selesaikan Hutang PTPTN

cara bayar ptptn
Sumber Gambar: PEXELS

1. Niat 

Anda perlu menetapkan niat dengan matlamat akan berusaha membayar hutang tersebut dengan konsisten. 

2. Penstrukturan Semula Bayaran

Anda boleh pergi ke mana-mana kaunter PTPTN atau cuba menghubungi pejabat khidmat pelanggan PTPTN untuk bertanyakan tentang penstrukturan semula bayaran balik pinjaman PTPTN.

Antara skim yang akan disyorkan oleh staf PTPTN ialah penukaran kepada skim ujrah.

Skim ini mengenakan caj yuran pentadbiran serendah 1% setahun berbanding skim bayaran balik konvensional sebanyak 3-5%.

3. Gabungan Pinjaman

Sekiranya anda membuat pinjaman PTPTN untuk pelbagai peringkat pengajian seperti diploma, ijazah sarjana muda dan sarjana, anda boleh menggabungkan pinjaman-pinjaman ini dan melayakkan untuk membayar satu jenis yuran caj pentadbiran sahaja yang pastinya lebih menjimatkan.

Gabungan ini akan disertai dengan pakej skim ujrah bagi meringankan lagi beban anda.

4. Keluarkan Wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Duit KWSP dalam akaun 2 boleh digunakan untuk membayar hutang PTPTN. Anda akan kurang berasa ralat untuk menggunakannya kerana ia tidak boleh dikeluarkan dan dibelanjakan sewenang-wenangnya, hanya boleh digunakan untuk bayaran tertentu sahaja.

Antara kelebihannya: 

  • Boleh menggunakan akaun 2 KWSP peminjam atau ibu bapa
  • Tiada had pengeluaran selagi masih mempunyai baki dalam akaun 2
  • Tiada caj pemprosesan
  • Menikmati penjimatan kos upah/ pentadbiran dan pemendekan tempoh bayaran balik

5. Tabungan Simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Simpanan dalam ASB ini memerlukan anda mempunyai semangat yang kuat dalam menabung. Setiap tahun, dividen yang diperolehi agak lumayan dan boleh disalurkan untuk pembayaran PTPTN.

Ditambah dengan bayaran secara konsisten kepada PTPTN setiap bulan, tidak mustahil anda boleh melunaskan hutang PTPTN kurang daripada 5 tahun.

6. Simpanan Semasa Bergelar Pelajar

Bagi institut pengajian yang mengenakan yuran pengajian dan kos kehidupan yang tinggi, para pelajar perlu kreatif dalam mencari pendapatan sampingan demi kelangsungan hidup dan simpanan masa depan. 

Antara pekerjaan sampingan yang boleh dilakukan ialah menjadi agen dropship produk, bekerja di pasar raya dan terlibat dalam ekonomi gig seperti penghantaran makanan dan e-hailing atau mana-mana pekerjaan mengikut kesesuaian sebagai seorang pelajar.

7. Rebut Inisiatif Bayaran Balik PTPTN

PTPTN menggalakkan usaha bayaran balik para peminjam dengan menawarkan beberapa tawaran menarik yang wajar direbut, seperti:

  • Diskaun 15% bagi penyelesaian penuh hutang PTPTN
  • Diskaun 12% bagi bayaran minimum 50% daripada jumlah pinjaman dengan sekali bayaran
  • Diskaun 10% bagi bayaran secara potongan gaji berjadual/direct debit

Cara Bayar PTPTN Dengan Bijak

bayaran balik ptptn
Sumber Gambar: PEXELS

Peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman PTPTN yang dikeluarkan kepadanya termasuk kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.

Tempoh Mula Bayaran Balik Pinjaman

1. Peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian TANPA perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN.

2. Kos upah (Ujrah) secara bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke 13.

3. Peminjam yang membuat bayaran balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah dalam tempoh 12 bulan tersebut.

4. Tempoh bayaran balik bagi peminjam yang membuat pertukaran Ujrah adalah berdasarkan baki pinjaman.

Saluran Bayaran Balik PTPTN

i. Kaunter

bayaran balik ptptn
Sumber Gambar: Berita Harian

SaluranKeteranganCaj (RM)Tempoh Kemas Kini
(Hari Bekerja)
Kaunter PTPTN (seluruh negara)
Bayaran tanpa tunai melalui Electronic Data Capture (EDC) Terminal menggunakan:Kad debit dan kad ATM yang mempunyai logo MEPS.Kad kredit (Visa dan Mastercard sahaja).3 hari
Kaunter EjenBank Islam1.003 hari
Bank Rakyat0.503 hari
Pos Malaysia2.007 hari
CIMB Bank2.003 hari
Bank Simpanan Nasional (BSN)0.503 hari
Potongan GajiPotongan gaji melalui Jabatan Akauntan Negara (JANM) atau majikan.Permohonan potongan gaji boleh dibuat secara online.
Direct DebitKemudahan potongan secara berkala daripada Akaun Simpanan/ Akaun Semasa peminjam.Mohon Direct Debit secara online di sini.
Kiosk PayQuikSaluran bayaran pinjaman dan penambahan deposit simpanan secara tunai.Panduan bayaran, klik sini. Lokasi PayQuik, klik sini.1.001 hari
Razer Cash di 7-ElevenSaluran bayaran pinjaman dan penambahan deposit simpanan secara tunai.Panduan bayaran, klik sini. Pautan Razer Cash di 7-Eleven1.003 hari
Digi KioskSaluran bayaran pinjaman secara tunai.Panduan bayaran, klik sini. Lokasi Digi Kiosk, klik sini.1.003 hari
e-paySaluran bayaran pinjaman dan penambahan deposit simpanan secara tunai.
Perkhidmatan e-pay boleh didapati di tempat-tempat seperti Caltex, KK Mart 24 Jam, Mydin, myNEWS.com, PAK GROCER, Petron.
1.001 hari

Nota: Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.

ii. Online

bayaran balik ptptn
Sumber Gambar: Freepik

Saluran

Keterangan

Caj (RM)

Tempoh Kemas Kini (Hari Bekerja)

Perbankan Internet

Bank

Bank Islam

1.00

3 hari

Bank Rakyat

0.50

3 hari

Maybank

1.00

3 hari

Public Bank

1.00

3 hari

RHB Bank

1.00

3 hari

Pos Online

Affin Bank

1.00

3 hari

AmBank

0.50

3 hari

Agrobank

0.50

3 hari

CIMB Bank

0.50

3 hari

Bank Simpanan Nasional

0.50

3 hari

JomPAY

  • Kemudahan bayaran secara online melalui perbankan internet dan telefon mudah alih menggunakan akaun semasa, simpanan dan kad kredit.
  • Klik sini untuk 40 bank terlibat
  • Dapatkan Biller Code dan Ref-1. Klik sini.
  • Klik sini untuk panduan bayaran.

3 hari

MyPay

  • Bayaran balik dan penambahan deposit SSPN-i secara online dengan menggunakan mobile web. Klik sini untuk pautan MyPay.
  • Klik sini untuk panduan bayaran.
  • Klik sini untuk panduan ‘Add to Home Screen’ (pautan pantas) MyPay ke telefon pintar.

0.50

3 hari

Shopee

  • Kemudahan bayaran secara online melalui aplikasi Shopee.
  • Klik sini untuk panduan bayaran.

1.00

3 hari

kiplePay

  • Kemudahan bayaran secara online melalui aplikasi kiplePay.
  • Klik sini untuk panduan bayaran.

1.00

3 hari

BESTPay

  • Kemudahan bayaran secara online melalui aplikasi BESTPay.
  • Klik sini untuk panduan bayaran.

1.00

3 hari

KelantanPAY

  • Kemudahan bayaran secara online melalui aplikasi KelantanPAY.
  • Klik sini untuk panduan bayaran.

0.80

3 hari

Portal Rasmi PTPTN

FPX

*Penyata pinjaman juga boleh disemak di sini.

Senarai bank terlibat:

  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • AmBank
  • Hong Leong Bank
  • United Overseas Bank (UOB)
  • Bank Muamalat
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • CIMB Bank

Senarai kredit kad:

  • Visa
  • MasterCard
  • American Express

1 hari

Nota: Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.

Rujukan: PTPTN

iii. Potongan Gaji

  1. Mulai September 2015, semua penjawat awam yang menerima pinjaman PTPTN DIWAJIBKAN membuat bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji.
  2. Mulai 1 November 2015, potongan gaji untuk bayaran balik pinjaman diuruskan oleh PTPTN dan tidak melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Klik sini untuk info bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji terus kepada PTPTN.
  3. Potongan gaji HENDAKLAH berdasarkan Jadual Bayaran Balik (JBB) yang ditetapkan. Potongan gaji kurang daripada jadual adalah TIDAK DIBENARKAN. Potongan melibatkan amaun melebihi jadual yang ditetapkan perlu dimaklumkan kepada PTPTN.
  4. Potongan gaji adalah untuk bulanan semasa sahaja dan sebarang tunggakan perlu dijelaskan melalui kaedah lain.
  5. Jumlah baki pinjaman minimum untuk permohonan potongan gaji adalah RM500.00 dan baki tempoh bayaran balik yang dibenarkan untuk permohonan potongan gaji ialah 6 bulan.
  6. Klik sini untuk permohonan potongan gaji secara online.
Pembatalan Pemotongan Gaji

  1. Peminjam TIDAK DIBENARKAN memberhentikan potongan gaji selagi hutang masih berbaki.
  2. Pembatalan potongan gaji akan dilaksanakan bagi kes-kes berikut:
    1. Peminjam telah membuat penyelesaian penuh pinjaman;
    2. Peminjam disahkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia; atau
    3. PTPTN mendapat makluman daripada peminjam atau majikan mengenai pemberhentian peminjam dalam perkhidmatan atau telah bertukar tempat kerja.
  3. Peminjam perlu melengkapkan Borang Permohonan Pembatalan Potongan Gaji dan mengemukakan kepada PTPTN.

Kegagalan majikan menguruskan potongan gaji

Adalah menjadi kesalahan bagi majikan yang gagal menguruskan potongan gaji. Tindakan penguatkuasaan akan diambil berdasarkan Seksyen 29, Akta PTPTN di mana hendaklah menjadi suatu tanggungjawab majikan selepas dimaklumkan secara bertulis oleh PTPTN untuk membuat potongan gaji peminjam bagi maksud menyelesaikan pinjaman PTPTN secara ansuran bulanan. Mana-mana majikan yang gagal mematuhi makluman berkenaan boleh disabitkan di bawah Subsekyen 2 dan sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM20,000.00 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

iv. Pengeluaran KWSP

bayaran balik ptptn
Sumber Gambar: Malay Mail

Pengenalan

  1. Peminjam/ibu bapa peminjam (ahli akaun) boleh mengeluarkan Akaun II KWSP untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.
  2. Peminjam boleh memilih untuk membuat pengeluaran keseluruhan/sebahagian dari Akaun II KWSP untuk bayaran balik pinjaman.
  3. Mulai 1 April 2016, peminjam boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara atas talian (online) dengan menggunakan e-Pengeluaran.
Kelebihan Bayaran Balik PTPTN Melalui Pengeluaran KWSP

  1. Boleh menggunakan Akaun II KWSP peminjam atau ibu bapa (tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran).
  2. Tiada had pengeluaran.
  3. Boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali selagi Akaun II masih berbaki.
  4. Tiada caj pemprosesan dikenakan
  5. Menikmati penjimatan kos upah/ pentadbiran dan pemendekan tempoh bayaran balik
Syarat-Syarat Pengeluaran KWSP

  1. Terbuka kepada semua tahun pengajian sama ada pengajian ahli atau anak ahli.
  2. Peringkat pengajian yang dibenarkan ialah Diploma dan ke atas.

Nota: Semua peraturan dan polisi bagi tujuan pengeluaran KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN adalah tertakluk kepada pihak KWSP.

Kaedah Permohonan Pengeluaran

Secara Online (e-Pengeluaran)

 

  1. e-Pengeluaran merupakan penghantaran permohonan pengeluaran secara online melalui Laman Web KWSP bagi ahli yang mempunyai i-Akaun.
  2. Langkah permohonan melalui e-Pengeluaran adalah seperti berikut:
    • Langkah 1:
      Login ke i-Akaun ahli, klik Tab Pengeluaran, e-Pengeluaran dan klik Permohonan Baru untuk memulakan transaksi.
    • Langkah 2:
      Semak status permohonan melalui SMS atau Mesej Sekuriti Inbox di i-Akaun.
    • Langkah 3:
      Hadir di mana-mana cawangan KWSP bagi pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. Tujuan pengecaman ini adalah bagi menentukan kesahihan identiti ahli sebagai pemohon dan menurunkan CIJ pada notis pengesahan sebagai bukti mengemukakan permohonan.

Nota: Ahli diberi tempoh selama empat belas (14) hari untuk hadir di kaunter KWSP dari tarikh Mesej Sekuriti yang di hantar ke inbox i-Akaun dan tarikh akhir untuk proses pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) juga dimaklumkan melalui SMS. Jika ahli tidak hadir dalam tempoh tersebut, permohonan akan dibatalkan secara automatik.

Tempoh Masa Bayaran

 

  • KWSP akan memproses permohonan yang lengkap dalam tempoh tidak melebihi 15 hari bekerja dari tarikh ahli hadir ke Kaunter KWSP untuk pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) dan penyerahan dokumen sokongan.
Pendaftaran i-Akaun

 

  1. Untuk pendaftaran i-Akaun, dapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun (6 digit) melalui :
    • Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000
    • Kiosk KWSP
    • Kaunter KWSP
  2. Aktifkan i-Akaun menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari.

Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

bayaran balik ptptn
Sumber Gambar: Freepik

Syarat-syarat pengecualian bayaran balik PTPTN:

  1. Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa;
  2. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
  3. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
  4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
  5. Kursus/ Program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan;
  6. Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen; dan
  7. Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019). Dikemaskini 29 Julai 2022: PTPTN memperluaskan Insentif Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman kepada semua kategori peminjam yang bergraduaasi bermula tahun 2019 tanpa mengira had pendapatan. Sumber: Berita Harian.

Kaedah pengecualian bayaran balik PTPTN:

Peminjam perlu memohon secara online di Portal PTPTN – Pengecualian Ijazah Kelas Pertama selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

Dokumen yang perlu disertakan

Bil.

Peminjam yang menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2019

Peminjam yang menamatkan pengajian mulai 1 Januari 2019

1.

Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol).

Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol).

2.

Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.

Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.

3.

Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).

Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).

4.

Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah).

Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah).

5.

Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).

Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).

6.

Dokumen pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik mengikut kategori yang ditetapkan*.

  • Slip Gaji Terkini.
  • Surat Akuan Sumpah (pengesahan pendapatan).
  • Penyata Cukai Taksiran Terkini.
  • Penyata KWSP Terkini / Surat Pengesahan Bukan Ahli KWSP.
  • Penyata Pencen.
  • Penyata Pencen Penakat (PERKESO).
  • Sijil Kematian.
  • Sijil Cerai.
  • Surat Akuan Sumpah (Bagi Kes Tidak Dapat Dikesan).
  • Surat Akuan Sumpah (Penjaga).

*(mana-mana yang berkaitan)

 *Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

VIDEO: Cara Mohon Diskaun PTPTN Sehingga 15%

Akibat Buruk Tidak Bayar Hutang PTPTN

bayaran balik ptptn
Sumber Gambar: Freepik

1. Laporan kredit terjejas

Anda akan disenarai hitam di laporan CCRIS, dan ini akan menyebabkan kualiti laporan kredit  anda terjejas. Akibatnya, anda akan menghadapi kesukaran sekiranya anda ingin memohon pinjaman dari bank. 

2. Tidak boleh ke luar negara

Penerima pinjaman akan disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) jika tidak membuat bayaran balik atau mempunyai tunggakan. 

Implikasinya, anda bakal dihalang daripada ke luar negara, tidak boleh memperbaharui pasport atau memohon passport baru.

3. Didakwa di mahkamah 

Pihak PTPTN akan mengeluarkan dua notis peringatan bayaran balik dan juga notis tuntutan sekiranya anda tidak membuat bayaran balik.

Sekiranya anda masih tidak melakukan pembayaran atau melakukan sebarang rundingan, PTPTN akan mendakwa anda di mahkamah.

3 Keburukan Tak Bayar PTPTN

Cara Bayar PTPTN Jika Ada Banyak Tunggakan

Bila hutang dah menggunung dan setiap bulan duit gaji habis untuk bayar hutang sahaja. Ada beberapa teknik dan cara bayar PTPTN yang anda kena buat.

Buat penyatuan hutang

Penyatuan hutang adalah satu cara untuk menghimpunkan pelbagai hutang yang anda ada ke dalam satu pinjaman peribadi baru. Pemberi pinjaman akan menyatukan kesemua hutang anda ke dalam satu akaun (pinjaman peribadi baru) dengan kadar faedah mestilah lebih rendah daripada kadar purata pinjaman yang anda ada. 

Ringkasnya, anda menggunakan wang dari pinjaman peribadi baru anda bagi menyelesaikan hutang sedia ada. Debt Consolidation (Penyatuan Hutang), ianya boleh dilakukan di mana-mana institusi kewangan yang menyediakan pinjaman tersebut.

Jana side income

Bila sudah masuk tahun 2021, ada banyak cara untuk buat side income telah diperkenalkan. Mungkin ramai yang selesa untuk buat 1 kerja sahaja, tetapi ada segelintir yang terbeban dengan komitmen kewangan dan satu sumber pendapatan sahaja tidak mencukupi. Ada banyak cara buat side income walaupun anda mempunyai kerja sepenuh masa. Contohnya; buat bisnes dropship, jadi rider part-time, affiliate, buat online survey, ejen hartanah, ejen insurans dan banyak lagi.

Buat tabung hutang PTPTN

Mungkin anda rasa sukar untuk buat tabung bayar hutang. Sebenarnya, ada beberapa cara yang mudah dan berkesan untuk buat simpanan. Salah satunya adalah dengan buat pelaburan emas. Untung yang anda dapat balik dengan beli dan simpan emas berbaloi untuk topup tabung hutang anda malah dapat selesaikan hutang lebih awal.

Kesimpulan

Jika anda berkemampuan untuk membayar hutang PTPTN, sila berbuat demikian. Hutang PTPTN adalah satu tanggungjawab yang besar kepada peminjamnya.  Sekiranya anda mengalami sebarang masalah atau kesukaran, berbincanglah dengan pihak PTPTN.

Artikel ini ditulis oleh Direct Lending, platform pinjaman bank & koperasi yang bantu anda cari, mohon & banding pinjaman secara percuma dan selamat. Hubungi kami untuk bantuan pembiyaan peribadi yang selamat dan kadar serendah 2.31%.

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan