

Pilihan pinjaman yang lebih bijak
Cepat . Mudah . Selamat
Pinjaman Peribadi Bank & Koperasi
Untuk penjawat awam. Kadar pembiayaan serendah 2.95% atau secepat 2 hari bekerja
Pinjaman Peribadi Wang Berlesen
Untuk pekerja gaji tetap. Tiada bayaran pendahuluan. Kad ATM tak diperlukan. Secepat 24 jam
Pelan Ansuran
Servis Kereta
Untuk pemilik kereta. Servis kereta & bayar kemudian. Patuh Syariah sehingga RM5,000
Platform Pinjaman Peribadi Fast . Simple . Safe
Bank & Koperasi Loan For Civil Servants
Kadar dari serendah 2.31% atau secepat 2 hari bekerja
Pinjaman Peribadi Berlesen Untuk Pekerja Swasta
Tiada bayaran pendahuluan. Kad ATM tak diperlukan. Secepat 24 jam
Direct Lending lancarkan DirectBantu+ sebagai initiatif untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terjejas dengan menyediakan sumber kewangan tambahan semasa PKP.
Direct Lending memberi peluang kepada peminjam dan individu yang bekerja keras dengan menawarkan rebat tunai eksklusif dan melalui platform “side job” untuk menjana pendapatan tambahan
Mohon & terima pinjaman peribadi mudah, cepat & selamat dengan rebat tunai eksklusif
Jana pendapatan tambahan dengan partner kami
Platform Pinjaman Peribadi
Cepat & 100% selamat, khas untuk anda
- Ketahui jika anda layak untuk pinjaman peribadi segera dan mula realisasikan impian anda
- Dapatkan tips-tips pengurusan kewangan peribadi dan info pinjaman terkini di blog kami
- Terima pinjaman peribadi daripada bank & koperasi, dan syarikat kewangan yang terkenal dan kukuh dengan mudah dan tidak membebankan
- Semak kelayakan pinjaman peribadi percuma untuk penjawat awam dan pekerja swasta
- Gunakan kalkulator percuma kami: Kalkulator Pinjaman Peribadi dan Kalkulator Pinjaman Peribadi Overlap
Kenapa Guna Direct Lending?
CEPAT
Ketahui kelayakan segera. Terima pinjaman sepantas 2 hari bekerja*
MUDAH
Cari dan mohon pinjaman yang sesuai untuk anda, bila-bila masa, di mana jua
SELAMAT
Kerjasama dengan rakan kongsi yang dipercayai Enkripsi SSL melindungi data
PERCUMA
Servis kami 100% percuma. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan
Proses Permohonan Pinjaman Peribadi Yang Mudah
Proses permohonan pinjaman peribadi yang cepat & tidak membebankan
-
DAPATKAN KADAR ANDA
Hanya luangkan beberapa minit untuk mengisi borang permohonan dalam talian untuk pengesahan kelayakan serta-merta. Anda tidak perlu menghantar dokumen peribadi semasa membuat semakan & ianya tidak memberi kesan kepada skor kredit anda. Selamat dan terjamin.
-
HANTAR DOKUMEN
Jika layak, sediakan dokumen pengenalan diri dan penyata pendapatan untuk melengkapkan permohonan. Pelbagai kaedah disediakan untuk penghantaran dokumen kepada kami. Pilih kaedah yang paling sesuai dengan anda.
-
SETUJU DENGAN TERMA DAN SAHKAN MAKLUMAT ANDA
Semak dan tandatangan perjanjian pinjaman. Pembekal pinjaman yang anda pilih akan menghubungi anda untuk mengesahan butiran permohonan.
-
TERIMA WANG PINJAMAN
Wang pinjaman akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda sepantas 2 hari bekerja.*
Berminat?
Soalan Lazim
Siapakah Direct Lending?
Direct Lending merupakan sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian yang ditubuhkan untuk menawarkan pengalaman pinjaman yang lebih baik kepada pengguna di Malaysia – cepat, mudah, selamat dan mampu milik.
Kami adalah wakil pemasaran yang sah bagi RCE Marketing Sdn Bhd (subsidari kepada RCE Capital Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia) yang menawarkan kemudahan pinjaman peribadi patuh Syariah (pinjaman Koperasi) kepada kakitangan awam melalui Yayasan Ihsan Rakyat dan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad. Kami juga menawarkan pinjaman peribadi daripada Public Islamic Bank, Co-opbank Pertama, Koperasi KOBETA, Koperasi KOPUTRI, Koperasi UKhwah dan koperasi-koperasi terpilih di Malaysia.
Kami juga bekerjasama dengn JCL Credit Leasing Sdn Bhd (juga dikenali sebagai Japan Credit Leasing) dan syarikat-syarikat pemberi pinjaman wang berlesen di bawah KPKT, untuk menawarkan pinjaman peribadi kepada pekerja swasta.
Baru-baru ini, Direct Lending telah melancarkan Pembiayaan Auto Servis yang membantu pemilik kereta mendapatkan pembiayaan patuh Syariah untuk membayar servis pembaikan kereta di bengkel terpilih secara ansuran.
Direct Lending telah menerima sebuah geran daripada Cradle Fund Sdn. Bhd pada tahun 2019 dan syaraikat yang tersenarai dalam Global Accelerator Programme tahun 2017 anjuran Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC).
Nantikan produk dan perkhidmatan lain yang hebat daripada kami!
Berapakah jumlah yang boleh dipinjam? Bagaimanakah cara pembayaran balik pinjaman?
Untuk pinjaman bank dan koperasi kepada penjawat awam, anda boleh meminjam sehingga RM250,000 bergantung kepada pakej pinjaman yang dipilih. Terma pinjaman adalah fleksibel, di antara 1 hingga 10 tahun. Pinjaman anda dibayar balik pada setiap bulan melalui potongan gaji secara automatik yang akan diproses sama ada oleh Jabatan Akauntan Negara atau Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).
Untuk pinjaman peribadi kepada pekerja swasta, anda boleh meminjam dari RM1,000 sehingga RM20,000. Terma pinjaman adalah fleksibel, di antara 6 bulan hingga 5 tahun. Pinjaman anda dibayar balik pada setiap bulan melalui Interbank GIRO (IBG), deposit tunai, deposit cek atau MEPS ATM pemindahan dana.
Jumlah maksimum pinjaman anda ditentukan oleh latar belakang peribadi anda, profil kredit, keadaan kewangan semasa dan komitmen yang lain.
Perlukah saya bayar apa-apa bayaran pendahuluan sebelum dapat duit pinjaman peribadi?
Tidak, kami tidak mengambil atau meminta sebarang wang dari anda bila-bila masa. Kami menerima pendapatan melalui komisyen dari bank/koperasi apabila permohonan pinjaman peribadi anda telah diluluskan dan pembayaran pinjaman telah dibuat.
Adakah pinjaman peribadi ini selamat?
Direct Lending hanya bekerjasama dengan koperasi yang sah dan berlesen, pemberi pinjaman peribadi berlesen dan kredit komuniti. Proses permohonan adalah 100% percuma. Semenjak ditubuhkan pada tahun 2016, Direct Lending telah menerima lebih 1,000 review 5 bintang daripada pelanggan kami dalam Google Business Page dan Facebook Page kami.
Adakah saya layak meminjam?
Untuk pinjaman bank dan koperasi kepada penjawat awam, anda layak meminjam jika anda adalah:
- Seorang warganegara Malaysia berumur antara 20 hingga 58 tahun
- Memegang jawatan kekal dan berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan dalam sektor awam
- Pendapatan kasar minimum sebanyak RM1,500 termasuk elaun tetap
Untuk pinjaman peribadi kepada pekerja swasta, anda layak meminjam jika anda adalah:
- Seorang warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 60 tahun
- Pendapatan kasar minimum sebanyak RM1,500 untuk pemohon Semenanjung, dan RM1,200 untuk pemohon Sabah & Sarawak
- Kerja tetap dan telah berkhidmat selama minimum 3 bulan
Untuk embiayaan auto servis, pemohon hendaklah:
- Seorang warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan yang cukup untuk bayaran ansuran bulanan
Tiada rekod kredit atau skor kredit yang rendah boleh mohon. Apa yang penting, anda mestilah tidak muflis dan mampu membayar balik pinjaman.
Berapa lamakah proses permohonan pinjaman peribadi?
Ia mengambil hanya beberapa minit untuk mengisi borang dalam talian dan anda akan ketahui serta-merta jika anda layak meminjam dan juga kadar yang ditawarkan. Jika bersetuju dengan apa yang ditawarkan, anda boleh terus melengkapkan proses permohonan yang rasmi. Proses permohonan pinjaman peribadi di platform kami 100% percuma.
Setelah kami menerima dokumen anda yang lengkap, bergantung dengan pakej pinjaman yang dipilih, anda boleh terima wang secepat 2 hari bekerja*.
Berapakah kadar pinjaman peribadi yang dikenakan?
Bagi pinjaman bank dan koperasi kepada penjawat awam, kadar bermula dari 2.31% setahun bergantung kepada pemberi pembiayaan yang dipilih.
Bagi pinjaman wang berlesen dan pinjaman peribadi kredit komuniti, kadar faedah tidak melebihi 1.5% sebulan untuk pinjaman tidak bercagar seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
Bagi pembiayaan auto servis, kadar keuntungan adalah daripada 0.8% hingga 1.5% sebulan bergantung pada profil kredit pelanggan. Sebagai contoh, bagi pembiayaan RM500 dengan 6 kali ansuran, jumlah bayaran balik ialah RM530.4 atau RM88.4 sebulan.
Perlukan maklumat lebih lanjut? Layari soalan lazim terperinci
Alami pengalaman pinjaman peribadi yang lebih baik sekarang
Lihat apa yang terbaru di Direct Lending
Kami sentiasa bersedia untuk membantu orang ramai dalam pengurusan hal kewangan peribadi dengan lebih baik. Apabila urusan kewangan anda mantap, kualiti kehidupan anda juga akan meningkat. Lihat apa yang terbaharu dan ikuti perkembangan kami yang selanjutnya.
* Tertakluk kepada terma dan syarat. Kadar keuntungan pembiayaan bermula dari minimum 2.95% p.a. sehingga maksimum 18% p.a. (kadar rata), bergantung kepada pembekal kewangan yang dipilih. Tempoh pembiayaan adalah antara minimum 1 tahun sehingga maximum 10 tahun. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM10,000, bertempoh 10 tahun pada kadar keuntungan 2.95% p.a., jumlah bayaran semula pada hujung tempoh adalah RM12,950. Tertakluk pada terma dan syarat pembekal kewangan