Housing Loan Coopbank Pertama (Bank Persatuan) - Direct Lending

Pinjaman Perumahan Co-opbank Pertama

Kadar serendah 3.75%. Margin sehingga 100%

Pembiayaan semula untuk satukan hutang & kurangkan komitmen
Berkonsep Syariah & dilindungi Takaful. Tiada tempoh ikatan

Ingin terima kewangan tambahan atau selesaikan bebanan kewangan anda?

Nak ubahsuai rumah? Atau untuk selesaikan hutang mahal? Realisasikan semua impian anda dengan pembiayaan perumahan-i Al-Amali Co-op bank Pertama (dahulu dikenali sebagai Bank Persatuan). Anda boleh memohon pembiayaan perumahan ini yang berkadar rendah untuk menyatukan semua hutang mahal anda. Ini boleh bantu anda kurangkan ansuran bulanan pinjaman dan fokus bayar satu ansuran sahaja.

Satukan hutang mahal dan jimat atas kadar keuntungan. Kadar mampu milik serendah 3.75% setahun. Berdasarkan konsep syariah Murabahah Tawarruq.

Direct Lending adalah sebuah platform pinjaman online (dalam talian) yang menawarkan pinjaman peribadi bank & koperasi dan juga pinjaman perumahan yang cepat, mudah, selamat dan mampu milik. Direct Lending mempunyai kerjasama strategik dengan Co-opbank Pertama sejak 2019. 100% percuma. Gabungkan hutang mahal dan tingkatkan aliran tunai anda hari ini dengan selamat.

Ciri-ciri Pinjaman Istimewa

  • Amaun pembiayaan minimum RM150K sehingga RM10 juta
  • Tempoh pembiayaan dari sehingga 35 tahun
  • Promosi: Kadar keuntungan terapung serendah 3.75% setahun (KA – 0.25%)
  • Margin pembiayaan sehingga 100%, termasuk 10% untuk sumbangan MRTT, LTHO dan yuran guaman
  • Pembiayaan patuh Syariah. Konsep Murabahah Tawarruq
  • Pembiayaan dilindungi Takaful
  • Tiada syarat jaminan dikenakan
  • Cara bayaran balik yang fleksibel termasuk biro potongan angkasa, potongan gaji oleh majikan, arahan tetap atau bayaran  secara elektronik

Syarat Pemohon

  • Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 semasa permohonan dan tidak melebihi 70 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan
  • Jawatan tetap, bekerja sendiri atau berniaga dan dapat membuktikan pendapatan bulanan yang stabil
  • Pendapatan bulanan tetap minimum RM2,000 sebulan
  • Mempunyai rekod yang baik di dalam CCRIS dan CTOS. Tidak muflis atau bankrap
  • Permohonan secara ‘Bersama’ adalah dibenarkan dengan pemohon tidak melebihi 2 orang
  • Terbuka kepada semua samada anggota mahupun bukan anggota. Setiap pemohon digalakkan menjadi anggota Co-opbank Pertama

Mengenali Pinjaman Perumahan Co-opbank Pertama

Pinjaman perumahan ini disediakan oleh Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (Co-opbank Pertama). Koperasi ini ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dengan nama asalnya “The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited”. Nama tersebut telah ditukarkan kepada Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai Berhad pada tahun 1959. Pada tahun 1995, nama koperasi tersebut telah ditukarkan kepada Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan akhirnya pada tahun 2014 nama tersebut telah ditukarkan kepada Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad.

Misi utama Co-opbank Pertama adalah untuk memberi pulangan terbaik kepada pelanggan dan anggota dan juga menawarkan produk-produk perbankan yang kompetitif dengan penuh integriti. Sebagai sebuah institusi kewangan, Co-opbank Pertama menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk pembiayaan peribadi, pembiayaan pendidikan, pembiayaan hartanah, pembiayaan perumahan, pembiayaan perniagaan, produk deposit, akaun simpanan, skim kebajikan, takaful, wasiat dan skim perumahan.

Co-opbank Pertama mempunyai lebih kurang 30 cawangan di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Selepas pelanggan membuat permohonan pembiayaan Co-opbank Pertama melalui Direct Lending, pelanggan akan diperlukan untuk pergi ke cawangan Co-opbank yang terdekat untuk menandatangani surat tawaran apabila pembiayaan telah diluluskan.

pinjaman-cbp-coopbank-pertama-bank-persatuan-directlending

Kenapa Guna Direct Lending?

CEPAT

Semak dan ketahui kalayakan segera, bila-bila masa, di mana jua

MUDAH

Hantar dokumen hanya jika setuju dengan kadar. Proses yang senang

SELAMAT

Wakil permasaran yang sah. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan

PERCUMA

Servis kami 100% percuma, dari semakan kelayakan sehingga dapatkan pinjaman

Liputan Media

Cara Mohon Pinjaman Perumahan Atas Talian

LANGKAH 1

Lengkapkan borang 'Semak Kelayakan' dibawah

LANGKAH 2

Beritahu kami amaun pembiayaan yang anda perlukan

LANGKAH 3

Konsultan peramah kami akan menghubungi anda untuk semak dan bantu permohonan anda

Semak Kelayakan Anda Percuma Hari Ini

Konsultan kami akan menghubungi anda dalam masa 1 hari bekerja

* Tertakluk kepada terma dan syarat. Kadar keuntungan pembiayaan bermula dari minimum 3.75% p.a. (kadar terapung). Tempoh pembiayaan adalah antara minimum 1 tahun sehingga maximum 35 tahun. Sebagai ilustrasi, untuk pembiayaan RM300,000, bertempoh 20 tahun pada kadar keuntungan 3.75% p.a., jumlah bayaran sebulan adalah RM1,779.