Ini 5 Gajet Cool Untuk 'Work From Home' Yang Memudahkan Kerja Anda - Direct Lending Malaysia

Ini 5 Gajet Cool Untuk ‘Work From Home’ Yang Memudahkan Kerja Anda

Umum sedia maklum, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sejak 13 Januari 2021 bagi mengekang pandemik Covid-19 terus menular.

Di samping itu, pelbagai prosedur operasi standard (SOP) juga telah diperketatkan dan dihadkan seperti hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan dibenarkan berada di pejabat.  Bagi kerja-kerja yang tidak memerlukan kehadiran secara fizikal, arahan bekerja dari rumah atau work from home akan berkuatkuasa.

Oleh itu, kami ingin senaraikan 5 gajet cool yang boleh membantu dan memudahkan anda sepanjang work from home ketika tempoh PKP ini.

1. Anti-slip Foldable Table With Cup Holder

Sumber Gambar: Pinterest

Meja yang boleh dilipat jenis ini sesuai digunakan untuk anda membuat kerja di mana sahaja tidak kira di atas sofa, katil mahupun lantai. 

Ciri-ciri meja ini adalah ringan, senang untuk dialihkan dengan permukaan tidak mudah gelongsor dan dilengkapi dengan tempat untuk meletakkan gelas minuman anda.  

Selain itu, anda akan dapat menggunakan komputer riba lebih mudah dan senang. Harganya juga mampu milik dan sangat praktikal.

2. Wireless Keyboard and Mouse

Sumber Gambar: Reviewed

Seterusnya ialah anda memerlukan keyboard wireless dan mouse dengan reka bentuk ergonomik supaya ianya memberi keselesaan kepada anda walaupun laptop anda sebenarnya sudah dilengkapi keyboard. 

Selain itu, anda juga harus menyemak juga terlebih dahulu sama ada keyboard dan mouse itu direka kalis air atau tidak. Ini kerana, anda tidak perlu risau jika keyboard dan mouse anda terkena tumpahan air.

3. Study Deck Writing Table With Book Shelf 3 Tiers

Sumber Gambar: Kawachi Group

Walaupun anda sudah memiliki Anti-slip Foldable Table With Cup Holder untuk melakukan kerja. Tetapi kadangkala kita mahukan rasa seperti suasana bekerja seperti di ofis.

Oleh itu, anda boleh dapatkan meja ofis 2 in 1 ini dengan harga yang mampu milik kerana ianya didatangi dengan rak buku 3 tingkat untuk memudahkan anda menyusun dokumen dan buku. 

Meja ofis ini juga sesuai untuk digunakan di rumah kerana ianya tidak memerlukan ruang yang besar. Selain itu, pemasangannya mudah dan tidak mengambil masa yang panjang.

4. Ergonomic Office Chair

Sumber Gambar: Dripex Home Expert

Membuat kerja di rumah memerlukan keselesaan supaya kita dapat duduk dalam jangka masa yang lama menghadap komputer atau kertas kerja yang perlu disiapkan. 

Oleh itu kerusi pejabat yang berkualiti perlu dititikberatkan kerana postur tulang belakang dan pinggul kita mungkin terkesan jika duduk dalam tempoh yang lama. Oleh itu, Ergonomic Office Chair ini adalah jawapannya.

5. Foldable Wireless Bluetooth Headphones

Sumber Gambar: Music Critic

Pemilihan foldable wireless bluetooth headphones yang bagus sangat penting kerana ianya untuk keselesaan anda juga semasa berkomunikasi atau mendengar muzik sambil melakukan apa-apa kerja. 

Anda boleh menyemak terlebih dahulu headphone manakah yang sesuai dan dapat bertahan selama pada satu pengecasan penuh. Selain itu carilah yang diperbuat daripada steel supaya ianya lebih tahan lama dan mempunyai padding telinga yang selesa. Manalah tahu, Google Meet atau Zoom meeting anda berlarutan sehingga ke lewat petang.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memudahkan anda dalam menyediakan gajet atau peralatan yang sesuai untuk work from home ketika tempoh PKP ini. Selamat bekerja!

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending. Kami adalah satu platform pinjaman bank & koperasi khas untuk penjawat awam. Semak kelayakan anda secara percuma dengan sistem pintar kami & ketahui kelayakan anda dengan segera. Kadar serendah 2.75%atau secepat 2 hari bekerja. 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter