5 Perkara Lain Yang Boleh Anda Beli Dengan RM6,699 Daripada iPhone 12 Pro Max Baru

Umum sedia maklum, Apple telah melancarkan produk ikonik paling dinantikan iaitu iPhone 12 menerusi empat variasi dan turut mengekalkan tetapan tiga lensanya. Model yang terdiri dengan rekaan serba baru ini terdiri daripada iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max dimana semuanya dikuasakan oleh processor Apple A14 Bionic beserta rangkaian internet 5G.

Menggantikan iPhone 11 pada tahun lalu, iPhone 12 pada tahun ini masih lagi hadir dengan saiz skrin yang sama iaitu 6.1-inci namun dengan saiz yang lebih nipis dan ringan. Selain itu, harga yang ditetapkan oleh Apple pula ialah bermula dari RM3,399 untuk model iPhone 12 Mini hingga RM6,699 bagi iPhone 12 Pro Max untuk model 512GB!

Melihat kepada tanda harga yang ditetapkan Apple itu, sejujurnya ianya harga yang ‘gila’ untuk sebuah telefon pintar pada masa kini.

Berikut di bawah adalah ‘perbandingan’ perkara atau benda lain boleh anda beli dengan jumlah harga yang sama pada RM6,699:

1. 2,850 bungkus roti Gardenia

Sumber Gambar: Berita Harian

Harga standard roti Gardenia yang enak dan lazat adalah RM2.35 jika anda membelinya di 99 Speedmart. 

Anda boleh membeli hampir tiga ribu roti Gardenia dengan jumlah harga yang sama jika anda belanjakan untuk iPhone 12 Pro Max.

2. 26 kali pembayaran ansuran bulanan untuk motosikal Yamaha Y15zr V2

Sumber Gambar: Mudah.my

Motosikal Yamaha Y15zr V2 atau lebih dikenali Ysuku ini adalah motosikal yang paling popular dan dibeli oleh anak-anak muda sekarang. 

Menurut mudah.my, kos bulanan untuk Yamaha Y15vr V2 hanya RM251. Jadi, anda boleh membayar Ysuku ini sekurang-kurangnya 26 bulan daripada membeli iPhone baru.

3. Tonton Netflix selama 15 tahun

Sumber Gambar: Netflix Malaysia

Bayangkan anda boleh menonton Netflix sepuas-puasnya selama 191 bulan iaitu bersamaan lebih 15 tahun dengan hanya membayar RM35 sebulan. Ini hanya akan terjadi jika anda tidak membeli iPhone baru.

4. 37 tahun dengar muzik di Spotify

Sumber Gambar: Spotify

Anda juga berpeluang mendengar muzik tanpa henti selama 37 tahun bersamaan 449 bulan di Spotify. 

Harga bulanan untuk langganan di platform penstriman muzik itu cuma berharga RM14.90 sebulan. Tak akan terjadi jika anda dah berniat untuk beli iPhone baru.

5. 42 tahun main free games PS4 di PlayStation Plus

Sumber Gambar: Stuff.tv

Bagi yang sudah mempunyai PlayStation 4 (PS4), mesti anda tahu tentang PlayStation Plus yang memberikan beberapa games percuma untuk setiap bulan selagi anda menjadi ahli PlayStation Plus.

Jadi jika anda memilih untuk membelanjakan langganan tahunan RM159 setiap tahun. Anda dapat menjadi ahli PlayStation Plus selama 42 tahun berbanding membeli iPhone baru.

Kesimpulannya, pilihan untuk membeli adalah ditangan anda sendiri, senarai ‘perbandingan’ ini hanya akan terjadi jika wang dibelanjakan itu boleh anda dapat dengan perkara-perkara yang dinyatakan ini.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending. Kami adalah satu platform pinjaman peribadi bank & koperasi khas untuk penjawat awam. Kadar mampu milik serendah 2.75% atau secepat 2 hari bekerja. Semak kelayakan anda secara percuma.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter