Ini 7 Delivery Service Barangan Yang Boleh Anda Gunakan Ketika PKP

Umum sedia maklum, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, rakyat Malaysia dinasihatkan agar patuh arahan duduk di rumah dan hanya keluar atas urusan penting sahaja.

Bagi menyahut seruan itu, kita juga digalakkan membuat pembelian secara online seperti membeli barangan keperluan harian supaya dapat menjamin keselamatan selain mematuhi arahan penjarakan fizikal.

Masihkah anda ingat lagi dengan artikel yang kami kongsikan mengenai ‘7 Senarai Khidmat Delivery Makanan Di Malaysia Yang Anda Patut Tahu’ sebelum ini?

1. Lalamove

Sumber Gambar: Lalamove


Salah satu daripada khidmat penghantaran barangan yang boleh anda gunakan ialah syarikat Lalamove. Syarikat ini juga mempunyai pelbagai jenis kenderaan bagi memenuhi keperluan yang berbeza seperti motosikal, kereta, van dan lori.

Kawasan penghantaran: di sekitar Lembah Klang

Jenis barangan yang diterima:

  • Pakej barangan kecil
  • Dokumen
  • Groceries
  • Perabot
  • Barangan pertukangan dan construction
  • Tekstil
  • Barangan elektrik
  • Makanan & minuman

Tempoh hari untuk penghantaran: bergantung pada jarak lokasi pick up dan drop off.

Caj penghantaran: bermula dari RM5 untuk penghantaran menggunakan motosikal dan RM100 untuk penghantaran menggunakan lori.

2. BungkusIt

Sumber Gambar: BungkusIt

Bukan sekadar menghantar makanan, syarikat BungkusIt juga menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan lain seperti dokumen penting, ubat-ubatan dan banyak lagi. Selain itu, BungkusIt juga boleh menghantar barang yang anda terlupa atau tertinggal menyerahkannya kepada anda semula.

Kawasan penghantaran: sekitar Lembah Klang dan penghantaran luar dari kawasan adalah sejauh 500km dari pick up point sahaja.

Jenis barangan yang diterima

  • Menerima hampir kesemua jenis item asalkan ianya tidak melebihi 10kg dan boleh dimuatkan di dalam beg 50cm x 30cm x 25cm. 
  • Namun, item seperti barang dapur basah, kek dan barang mudah pecah tidak dibenarkan.

Tempoh hari untuk penghantaran: bergantung pada jarak lokasi pick up dan drop off.

Caj penghantaran: bermula dari RM7.50.

3. Grab Express

Sumber Gambar: Grab Express

Selain menghantar penumpang dan makanan, perkhidmatan Grab juga menawarkan perkhidmatan penghantaran barang iaitu Grab Express. Bayarannya pula boleh dibuat secara tunai ataupun melalui aplikasi yang digunakannya iaitu Grab Pay.

Kawasan penghantaran: Lembah Klang, Johor Bharu, Pulau Pinang, Melaka, Kuching, Kota Kinabalu, Ipoh, Kuantan and Kota Bharu, Labuan, Negeri Sembilan, Lahad Datu, Sg Petani, Batu Pahat, Tawau, Kluang, Bintulu, Sandakan, Muar, Langkawi, Sibu, Miri, Kangar, Kuala Terengganu, Alor Setar dan Kemaman.

Jenis barangan yang diterima

  • Bungkusan (barang yang dibungkus dalam kotak atau beg)
  • Dokumen
  • Makanan yang dibungkus (tidak mudah rosak, tidak beku, tidak rapuh)

Tempoh hari untuk penghantaran: bergantung pada jarak lokasi pick up dan drop off.

Caj penghantaran: bermula dari RM5 untuk motosikal dan RM6 bagi kereta.

4. Go Get

Sumber Gambar: Go Get

Selain menawarkan perkhidmatan barangan kepada pengguna. Got Get juga membantu anda mencari duit lebih dengan menjadi seorang ‘GoGetter’ di mana anda akan dibayar untuk setiap tugasan yang dilakukan.

Kawasan penghantaran: Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru

Jenis barangan yang diterima:

  • Servis dispatch
  • Makanan
  • Personal shopper
  • Barangan besar

Tempoh hari untuk penghantaran: bergantung pada jarak lokasi pick up dan drop off.

Caj penghantaran: bermula dari RM 6.00 bergantung pada servis yang digunakan.

5. Mr Speedy

Sumber Gambar: Mr Speedy

Menariknya tentang Mr Speedy ini ialah anda boleh menempah penghantaran barang tanpa perlu membuat akaun sebaliknya hanya menyertakan nombor telefon pengirim dan penerima sahaja.

Kawasan penghantaran: Selangor, Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya

Jenis barangan yang diterima: menerima hampir kesemua jenis item. 

Tempoh hari untuk penghantaran: bergantung pada jarak lokasi pick up dan drop off.

Caj penghantaran: bermula dari RM5 untuk motosikal dan bagi kereta dari RM8.

6. ZEPTO Express

Sumber Gambar: Zepto Express

ZeptoExpress adalah platform penghantaran atas permintaan yang membolehkan pelanggan membuat tempahan penghantaran mengikut keselesaan mereka. Selain itu, mereka juga menjamin masa penghantaran adalah maksimum selama 3 jam.

Kawasan penghantaran: seluruh Malaysia (Sabah & Sarawak menggunakan shipment udara)

Jenis barangan yang diterima: kesemua item yang tidak tergolong dalam senarai barang terlarang.

Tempoh hari untuk penghantaran: dalam masa 3 jam atau sama ada hari yang sama atau keesokannya (Same Day Delivery and Next Day Delivery).

Caj penghantaran: bermula dari RM7.

7. KARHOO Express

Sumber Gambar: Karhoo Express

Karhoo Express adalah perkhidmatan kurier berlesen oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Mereka menjamin penghantaran dalam masa 1 hingga 3 jam pada hari yang sama.

Kawasan penghantaran: Shah Alam, Klang, Kajang, Cheras, Bangi, Dengkil, Petaling Jaya, Puchong, Subang Jaya, USJ, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Ampang.

Jenis barangan yang diterima: kesemua item yang tidak tergolong dalam senarai barang terlarang. Terma dan syarat. 

Tempoh hari untuk penghantaran: 1 hingga ke 3 jam penghantaran, Same Day Delivery dan Next Day Delivery sekitar Lembah Klang.

Caj penghantaran: bermula dari RM 5.79.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi khas untuk penjawat awam. Semak kelayakan anda dengan sistem pintar kami untuk dapatkan rekomendasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda. Mohon secara percuma.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter