Tips Jaga Kesihatan Mental Untuk Kurangkan Burnout Semasa Pandemik

Tips Jaga Kesihatan Mental Untuk Kurangkan Burnout Semasa Pandemik

Aspek penjagaan diri menjadi hal yang lebih mendapat perhatian ramai terutama ketika negara masih lagi bergelut dengan penularan wabak COVID-19. 

Berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sahaja perlu menjaga kesihatan fizikal, malah perlu diselaraskan dengan penjagaan mental.

Keadaan ini jika tidak durus dengan baik boleh memberi kesan kepada emosi dan tingkah laku. 

Oleh itu, bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, kami sarankan anda mengikuti beberapa tip penjagaan kesihatan mental yang boleh anda praktikkan pada ketika ini. 

1. Dapatkan maklumat sahih

tips jaga kesihatan mental
Sumber gambar: unsplash

Ketika negara sedang menangani penularan wabak COVID-19, penting untuk anda mengkomsumsi dan menyemak maklumat yang sahih. Elakkan diri daripada mempercayai mesej tular yang palsu (fake news) atau maklumat tidak sahih yang sengaja dibuat demi kepentingan pihak tidak bertanggungjawab.

Ini secara tidak langsung boleh menimbulkan keresahan dan kerisauan kepada diri. Bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai sebarang kejadian COVID-19 di dalam negara, anda boleh berbuat demikian:

  • Ikuti Sidang Media COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang dijalankan pada hampir setiap hari;
  • Laman-laman media sosial rasmi KKM,
  • Saluran telegram CPRC KKM: https://t.me/cprckkm;
  • Aplikasi MySejahtera;
  • Maklumat, infografik/video, kenyataan media rasmi KKM dan juga Garis Panduan terkini COVID-19 juga boleh diperolehi dari laman sesawang KKM: http://covid-19.moh.gov.my;
  • Bagi isu kesihatan berkaitan COVID-19, orang ramai boleh menghubungi CPRC Kebangsaan KKM di talian hotline: 03-88810200, 03-88810600, 03-88810700 dan emel rasmi: cprc@moh.gov.my.

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menularkan sebarang berita palsu atau maklumat yang diragui kesahihannya.

2. Bersenam

tips jaga kesihatan mental
Sumber Gambar: unsplash

Kesihatan fizikal dan mental adalah saling berkait rapat. Umum mengetahui, badan yang sihat dapat membina minda yang sihat. Melakukan senaman tidak semestinya perlu ke gimnasium, ia boleh sahaja dilakukan di rumah, lebih-lebih lagi ketika negara dalam usaha mengekang COVID-19. 

Mungkin ada yang membaca artikel ini juga masih berada dalam fasa ‘mencari’ sumber inspirasi dan tiada idea untuk memulakan kehidupan aktif, namun jangan risau anda mungkin boleh pertimbangkan cadangan rutin indoor ini:

Regangan yoga

Ya, mungkin ada yang masih menganggap yoga adalah rutin wanita dan prejudis ia merupakan gerakan feminin… come on sudah tahun 2021 sekarang, yoga adalah unisex!

Yoga mampu mengawal nafsu makan, mengatasi sindrom carpal tunnel (akibat adanya saraf tangan yang tertekan), ketidakseimbangan hormon serta sebagai terapi radang sendi.

Naik turun tangga!

Kajian menerusi jurnal The effect of step climbing exercise on balance and step length in chronic stroke patients (2015) menunjukkan menaiki tangga mampu menguatkan otot berikutan gerakan secara vertikal dan horizontal yang dilakukan selain dilihat ia dapat menjaga keseimbangan badan.

Skipping

Skipping antara lain mampu meningkatkan stamina anda dan paling penting ia adalah senaman yang menyeronokkan. Apa-apa pun terus kekal cergas meskipun berada di rumah, bersenamlah!

Tutorial skipping ataupun jump rope untuk beginner.

3. Tidur cukup dan berkualiti

tips jaga kesihatan mental
Sumber Gambar: Unsplash

Ia membantu anda untuk berasa segar dan cergas sepanjang hari selain penting sekiranya ingin menjadi lebih produktif untuk melakukan sesuatu pekerjaan. 

Anda juga dapat melakukan banyak pekerjaan pada hari tersebut dan ini secara tidak langsung dapat menyihatkan tubuh badan kerana anda akan sentiasa bergerak dan tidak hanya tidur sepanjang hari.

Untuk orang dewasa, anda disyorkan untuk tidur selama 7-8 jam setiap malam, remaja selama 9-10 jam sehari, kanak-kanak yang masih bersekolah adalah disyorkan untuk mendapatkan tidur selama 10 jam setiap malam, kanak-kanak tadika selama 11-12 jam sehari, dan bayi selama 16-18 sehari. 

Namun, kajian mendapati kebanyakan golongan dewasa hanya mendapatkan tidur selama 6 jam secara purata. Kekurangan tidur untuk jangka masa yang panjang adalah buruk untuk kesihatan anda.

Tidur awal dan bangun awal akan membuatkan anda lebih sihat, bijak dan produkitf untuk memulakan hari! 

Untuk yang mempunyai masalah susah untuk tidur atau insomnia, buat teknik pernafasan 4-7-8 ini untuk mudah lelapkan mata.

4. Makanan seimbang

tips jaga kesihatan mental
Sumber Gambar: unsplash

Pemakanan seimbang membantu diri terhindar daripada pelbagai penyakit. Dalam keasyikan kita mencuba pelbagai resepi baharu semasa PKP ini, makanan yang mengandungi banyak gula boleh memudaratkan diri.  

Anda dinasihatkan untuk makan berpandukan kepada piramid makanan. Diet yang sihat dapat dimulakan dengan mengambil karbohidrat, lemak, mineral, protein dan air dengan jumlah yang mencukupi. 

Pakar pemakanan juga menyarankan agar orang ramai mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, lebih banyak makanan berkanji seperti nasi, roti, pasta dan kentang, kurang lemak, garam dan gula, dan beberapa makanan kaya protein seperti daging lembu, ikan, telur dan kekacang untuk mendapatkan tubuh badan yang lebih sihat. 

Pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan juga amat penting agar dapat mengelakkan diri daripada sebarang penyakit berbahaya.

5. Rutin atau hobi baharu

tips jaga kesihatan mental
Sumber Gambar: unsplash

Setiap manusia mempunyai habit atau rutin atau hobi tersendiri. Ini semua membantu anda memulakan hari dengan lebih baik. 

Sekiranya anda sudah bosan terperap di dalam rumah, ciptalah rutin dan hobi yang baharu. Mungkin anda boleh mengeksplorasi kemahiran atau aspek kesenian seperti melukis, megait, memasak atau bertukang.

Ini secara tidak langsung dapat mengisi masa lapang yang terluang daripada tidak berbuat apa-apa.

Ini senarai aktiviti yang anda dan keluarga boleh lakukan di rumah semasa PKP.

6. Bersosial

tips jaga kesihatan mental
Sumber Gambar: unsplash

Kesepian, terpisah dan pengasingan dari rakan-rakan adalah masalah yang normal dalam kehidupan kerja berjauhan dan norma baharu pandemik pada masa ini. 

Ambillah kesempatan untuk membuat ‘teleconference’, ‘video call’ atau komunikasi WhatsApp. Ia bagi memastikan hubungan sosial dipelihara kerana ia amat penting untuk kesihatan mental, terutama apabila bekerja berjauhan sepertimana bekerja dari rumah!

Saling berhubung serta berinteraksi dengan orang tersayang dan juga kenalan bagi mengeratkan lagi silaturahim yang terjalin.

Hiruplah udara di luar seketika sekiranya anda perlu untuk tenangkan diri. Andai kata anda memiliki halaman di luar rumah, anda boleh ubah dan atur sudut peribadi dan masa anda sendiri.

7. ‘Detox’ daripada media sosial

tips jaga kesihatan mental
Sumber gambar: Ignite Teen Treatment

Meskipun terdapat pelbagai manfaat yang boleh kita dapat daripada media sosial, namun hakikatnya ia juga boleh ‘memusnahkan’ seseorang dan mengganggu kesihatan mental jika tidak bijak menggunakannya.

Penting sebenarnya untuk kita lakukan ‘detox’ media sosial atau ‘berpuasa’ daripada membuka sebarang media sosial agar membuatkan diri kita lebih fokus dan tenang.

Antara ‘detox’ media sosial yang boleh anda praktikkan adalah dengan menetapkan waktu tertentu untuk menggunakannya, melakukan aktiviti luar bagi melarikan tumpuan terhadapnya, mematikan notifikasi dan mengemas kini senarai atau ‘unfriend’ sahaja ‘followers’ yang tidak mendatangkan kebaikan kepada diri.

8. Mohon cuti ‘me time’ atau bertenang

tips jaga kesihatan mental
Sumber gambar: unsplash

Implikasi COVID-19 sememangnya memberikan kesan kepada kebanyakan kita. Memohon cuti atau mempunyai tempoh ‘me time’ dapat membantu anda tenangkan fikrian buat sementara.

Anda juga boleh hiburkan diri, iaitu dengan mendengar muzik yang merupakan salah satu cara yang baik untuk menghiburkan diri! Mainkan lagu kegemaran untuk menceriakan mood anda atau dengar podcast dan anda mungkin akan mempelajari sesuatu yang baru!

Selain itu, berehatlah seketika untuk bermeditasi ataupun mendekatkan diri dengan pencipta bagi mengurangkan stres. Senaman pernafasan juga baik untuk menangani perasaan resah dan memastikan anda kekal tenang.

9. Minta bantuan pakar

tips jaga kesihatan mental
Sumber gambar: unsplash

Sekiranya anda memerlukan bantuan, selain menghubungi rakan terdekat, lebih baik juga untuk anda berjumpa dengan pakar kesihatan mental sekiranya ia memudaratkan diri. 

Tidak perlu berasa malu, it’s okay not to be okay, hubungi sahaja mereka, berikut antara perkhidmatan pakar atau profesional yang boleh anda dapatkan:

Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)03-2935 9935 atau 014-322 3392
Talian Kasih15999 atau WhatsApp 019-261 5999
Unit Pusat Khidmat Keluarga, Sosial & Komuniti JakimWhatsApp 0111-959 8214
Befrienders Kuala Lumpur03-7627 2929 atau layari www.befrienders.org.my/centre-in-malaysia

Selain itu, ini senarai klinik kesihatan mental terkini dengan harga servis yang berpatutan di Malaysia.

10. Berfikiran positif

tips jaga kesihatan mental
Sumber gambar: unsplash

Tiada yang menafikan bahawa berfikiran positif membantu anda menguruskan kehidupan dengan lebih baik. 

Kita harus tekad untuk belajar dan membudayakan pemikiran positif setiap hari. Ini bermakna, jika mengamalkan sikap sedemikian, sekurang-kurangnya kita dapat bertahan dengan baik walaupun dikelilingi persekitaran yang negatif. 

Pada masa sama, setiap hari kita harus menulis atau mengingatkan diri sendiri apa perkara baik yang telah kita lakukan supaya dapat merangsang otak dan emosi agar sentiasa tenang dan bersyukur. 

Malah, kita perlu sentiasa memberi fokus kepada kekuatan diri serta merancang bagaimana menggunakan kekuatan yang ada pada kita untuk terus cemerlang menjalani kehidupan.

Kesimpulan

Kasihlah diri sendiri dengan menjaga dan menitikberatkan kesihatan mental setiap hari. 

Kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, semua rakyat Malaysia perlu bersama-sama memperkasakan diri dengan penjagaan kesihatan mental dan menangani stigma terhadap penyakit mental.

Beliau berkata kesihatan mental setiap orang boleh terkesan dengan pelbagai cara terutama dalam keadaan negara yang sedang bergelut mendepani cabaran pandemik COVID-19.

Justeru, amat penting untuk masyarakat mempunyai pengetahuan bagi mengenal pasti gejala awal masalah kesihatan mental dan kemurungan agar bantuan segera dapat diberikan.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending. Platform digital yang membantu anda untuk cari, membuat perbandingan dan memohon pinjaman peribadi yang paling murah dan sesuai untuk anda. Sistem semakan kelayakan pintar kami boleh mencadangan pinjaman peribadi Bank dan Koperasi yang terbaik untuk anda.

Perkhidmatan kami 100% percuma, tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *