Usahawan Ini Kena ‘Scam’ & Rugi Hampir RM20K Sebab Nak Buat Pinjaman Online

Sumber Gambar: Freepik

Tidak dinafikan kes penipuan atau scammer ketika ini semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, ramai juga rakyat Malaysia yang terlibat dan menjadi mangsa.

Begitu juga, dengan kisah seorang usahawan wanita berusia 23 tahun dari Masjid Tanah, Melaka ini yang ditipu scammer apabila dia terpaksa membayar sejumlah RM19,681 sebagai fi memproses bagi memohon pinjaman RM20,000.

Walau bagaimanapun, mangsa didakwa tidak menerima wang pinjaman seperti yang dijanjikan oleh scammer tersebut.

Malah, nombor telefon yang digunakan oleh suspek juga terlibat dengan beberapa laporan polis.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka, Superintendan E Sundra Rajan, pengusaha katering itu telah membuat bayaran berkenaan yang hampir menyamai nilai yang mahu dipinjamnya.

“Masih ramai yang mudah tertipu dengan sindiket pinjaman peribadi walaupun banyak laporan media mengenai penipuan tersebut,” katanya.

Mangsa difahamkan telah membuat bayaran ke lima akaun bank berbeza, antara 30 Januari 2021 hingga 5 Februari lalu.

“Mangsa dikatakan telah melihat iklan online yang menawarkan pinjaman peribadi pada 29 Januari lalu sebelum memohon pinjaman itu,” ujarnya.

Jelas Sundra Rajan, mangsa telah membuat pindahan wang secara berperingkat berjumlah RM19,618, bagi tujuan fi memproses dan duti setem untuk permohonan pinjaman.

Tambahnya lagi, mangsa yang merasakan diri tertipu kemudiannya memutuskan membuat laporan polis di Balai Polis Masjid Tanah kerana tidak menerima pinjaman tersebut.

Kes itu bagaimanapun kini telah disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: The Star

Ingat ya, peminjam yang sah tidak akan meminta sebarang caj pendahuluan atau pemprosesan. Sekiranya ada yuran, ia akan ditolak terus daripada jumlah pinjaman dan anda tidak perlu membayar secara langsung. Sambung baca untuk ketahui cara kenali tanda-tanda pinjaman penipuan & apa yang anda boleh lakukan sekiranya ditipu.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi khas untuk penjawat awam. Pinjaman kami adalah 100% percuma, tiada caj pendahuluan atau pemprosesan. Dapatkan kewangan tambahan anda secepat 2 hari berkerja. Semak kelayakan anda dengan percuma.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter