Jangan Tak Percaya, Wanita Ini Berjaya Beli Condo & Kereta Pada Umur 28 - Direct Lending Malaysia

Jangan Tak Percaya, Wanita Ini Berjaya Beli Condo & Kereta Pada Umur 28

Memanglah impian ramai pemuda untuk memilki kereta dan rumah sendiri sebelum cecah umur 35 tahun. Jadi tidak hairan jika ramai yang kurang percaya wanita ini yang mula bekerja pada umur 26 tahun dengan gaji RM1,500 berjaya beli rumah condominium dan juga 2 biji kereta.

Jika ada niat baik, pasti semunya ada jalan. Seorang pengguna Twitter (@FizFaieznor) namanya Faieznor Mohd Nasir telah berkongsi tentang pengalamannya untuk berjaya sampai ke tahap ini. Ada comment yang positif, ada comment yang negatif pula. Jom baca perkongsian Twitter thread penuh wanita ini:

Wanita ini telah habiskan pelajaran masters pada umur 26 tahun, tetapi tidak dapat mencari kerja selama 7 bulan. Selepas itu, Faieznor berjaya dapat kerja sebagai seorang lecturer pada umur 28 tahun. Bukan sahaja itu, malah dia juga berjaya beli 2 buah kereta, rumah condominium dan bertunang dengan seorang lelaki impiannya. Wow macam cerita fairytale pulak tu.  

Sumber: Twitter (@FizFaieznor)

Faieznor juga nasihatkan gadis-gadis di luar yang belum kahwin lagi agar tidak perlu risau sebab jodoh itu pasti akan datang. Yang pentingnya jangan putus asa, terus berusaha dan banyakkan doa.

Wanita itu turut katakan bahawa ada juga saat yang dia rasa nak putus harapan sampai pelan duduk serumah dengan ibu bapa. Jadi, dia tekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan tetapkan matlamat untuk jadi seorang pensyarah.

“You have to set your goals & work harder to achieve those goals! Jangan fikir laki sangat. Be a successful person first, nanti ramai laki datang bersusun”.

Sumber: Twitter (@FizFaieznor)

Faieznor juga pesan kepada gadis-gadis lain untuk kejar kejayaan terlebih dahulu. Fokus pada diri sendiri, kerja dengan bersungguh-sungguh dan simpan duit. Jika boleh, cuba jadikan diri ‘master’ terhadap sesuatu perkara. Ia bolehlah tentang pendidikan ke, ilmu rumah tangga ke, terpulanglah pada bakat masing-masing.

Sumber: Twitter (@FizFaieznor)

Ada ramai yang tidak percaya wanita ini boleh beli rumah dan 2 kereta sendiri. Faieznor juga ada katakan bahawa rumah dan kereta yang ada adalah miliknya berdua bersama tunang. Dia juga berkata sebab ada 2 kereta adalah disebabkan pekerjaan masing-masing di tempat kerja yang berlainan dan jauh.

Semoga perkongsian wanita ini boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada lebih ramai pemuda untuk terus kekal berusaha demi masa depan yang lebih cerah. Asalkan anda tetapkan matlamat dan tidak berputus asa, semuanya pasti jadi.

Baca juga artikel kami tentang 5 perkara anak muda wajib target sebelum umur 35.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – satu platform pinjaman peribadi bank & koperasi khas untuk kakitangan kerajaan. Kami boleh bantu anda cari, banding dan mohon pinjaman yang paling bersesuaian dengan keperluan anda. Semak kelayakan anda secara percuma.

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan