Direct Lending

Direct Lending Terima Geran Bernilai RM300,000 daripada Cradle Fund

SIDANG MEDIA

KUALA LUMPUR, 6 SEPTEMBER 2019 – Direct Lending Sdn. Bhd. (Direct Lending), sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian telah menerima sebuah geran bernilai RM300,000 daripada Cradle Fund Sdn. Bhd., sebuah agensi kerajaan yang telah memperoleh mandat untuk memberikan dana kepada syarikat baru berasaskan teknologi yang mempunyai potensi serta kaliber yang tinggi menerusi Program Pelaburan Cradle (CIP300).

Direct Lending adalah sebuah pasaran pinjaman peribadi atas talian di Malaysia yang membolehkan peminjam yang tidak memenuhi syarat pinjaman untuk membuat pencarian, perbandingan, permohonan dan kelulusan bantuan kewangan yang sesuai dengan mereka dengan cara cepat, mudah, selamat dan berpatutan. Misi syarikat ini adalah untuk membuka pintu terhadap pinjaman yang berpatutan dan telus kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira masa dan tempat.

Perkhidmatan kewangan yang dipaparkan di laman Direct Lending telah ditaja jamin oleh institusi kewangan yang diiktiraf, badan koperasi serta syarikat pinjaman. Rakan niaga pertama Direct Lending adalah RCE Marketing Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Bursa Malaysia yang disenaraikan sebagai RCE Capital Berhad. Direct Lending memulakan operasi pada lewat tahun 2016 dan telah memperoleh kelulusan menerusi Program Peneraju Global 2017 oleh Pusat Inovasi Global dan Kreativiti Malaysia.

Direct Lending menawarkan perkhidmatan menyeluruh kepada peminjam, daripada menerima kelayakan pinjaman dengan segera, memohon pinjaman secara formal sehinggalah memperoleh wang di dalam akaun. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Direct Lending adalah 100% percuma. Malah, untuk mengurangkan beban peminjam, Direct Lending menawarkan rebat tunai kepada peminjam dan sehingga hari ini, sudah lebih RM300,000 rebat tunai yang telah diberikan. Untuk mengurangkan tekanan peminjam, Direct Lending memperoleh 90% kadar kelulusan pinjaman apabila permohonan dihantar kepada pemberi pinjaman untuk diproses.

Direct Lending bercadang untuk menggunakan dana CIP300 untuk mengukuhkan kemampuan beroperasi dan menggerakkan kerja pemasaran syarikat supaya menjadi platform pilihan utama untuk individu yang bekerja keras dalam mendapatkan pinjaman peribadi untuk bantu mereka memperoleh dana kecemasan atau merealisasikan impian mereka dengan cara selamat.

Selain daripada geran sebanyak RM300,000, Cradle turut menawarkan perkhidmatan yang memanfaatkan dari segi bantuan nilai tambahan seperti program bimbingan dan pemantauan, program latihan dalaman dan mengambil bahagian dalam acara perniagaan dan rangkaian di bawah Cradle.

Direct Lending

Add comment