Direct Lending

Kelebihan vs Kekurangan: Pasaraya dan Kedai Runcit di Kawasan Kejiranan Anda

Membeli barangan runcit adalah pengalaman yang menyebalkan bagi sesetengah orang. Mereka berasa lebih sukar untuk menggunakan wang Ringgit dan mendapati bahawa mereka perlu membeli banyak lagi barangan runcit biasa. Sekiranya situasi ini sama dengan anda, tahulah bahawa anda tidak bersendirian!

Kini anda mungkin akan melihat lebih ramai orang menghabiskan lebih banyak masa di Pasaraya untuk membuat perbandingan harga. Kebanyakan orang melakukan perbelanjaan mingguan mereka di Pasaraya atau Kedai Runcit tempatan.

Sekarang, apa-apa sahaja boleh dibeli atas talian. Dan itu boleh dijadikan satu topik perbincangan yang lain. Jadi, dalam artikel ini marilah kita lihat apakah yang ditawarkan di kedua-dua jenis kedai ini.

Kedai Runcit vs Pasaraya

Gambar dar kiri ke kanan Kedai Runcit (Kojadi) and Pasaraya (Lowyat)

Kedai Runcit adalah perusahaan kecil yang biasanya dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga mereka sendiri. Mereka menawarkan keperluan asas seperti barangan kering, beras, roti, makanan dalam tin dan lain-lain. Kedai Runcit biasanya terletak di lot kedai di dalam estet perumahan dan mudah didatangi daripada kawasan perumahan yang berhampiran.

Sebelum pertengahan tahun 1990-an, kita jarang mendengar tentang Pasaraya Besar, tetapi sekarang mereka telah berada di seluruh negara, terutamanya di kawasan pinggir bandar dan tempat-tempat dengan kepadatan penduduk yang tinggi. Pasaraya dicirikan oleh banyak kemudahan moden yang mereka tawarkan kepada pembeli, seperti troli beli-belah, kaunter imbasan keluar dan ruangan parkir yang selesa.

Sekarang kita akan meneroka bagaimana mereka dibandingkan dari segi harga, kepelbagaian, perkhidmatan dan program ganjaran.

1. Harga

Gambar dari kiri ke kanan Kedai Runcit (KitePunye) & Pasaraya (Astro Awani)

Kedai Runcit: Barang-barang di Kedai Runcit mungkin tidak begitu kompetitif kerana mereka tidak menjangka untuk menjual dengan banyak dari segi kuantiti. Kedai Runcit biasanya hanya memenuhi keperluan pengguna yang tinggal dalam jarak berhampiran. Oleh itu, mereka tidak mengharapkan ramai pelanggan seperti Pasaraya Besar yang lain dan dengan itu peniaga dapat menyesuaikan harga barangan dengan sewajarnya.

Pasaraya: Harga di Pasaraya Besar biasanya agak kompetitif dan kemungkinan menjadi lebih murah sedikit daripada yang ditawarkan di Kedai Runcit yang lebih kecil kerana mereka menjangkakan untuk menjual kuantiti produk yang tinggi. Terdapat juga diskaun dan promosi pada item yang terpilih setiap bulan untuk menarik minat pembeli.

2. Kepelbagaian

Gambar dari kiri ke kanan Kedai Runcit (Pusat Internet) & Pasaraya (Pinterest)

Kedai Runcit: Kedai Runcit biasanya hanya menjual keperluan asas isi rumah dan dapur. Anda mungkin tidak akan dapat memilih pelbagai jenama berbanding dengan Pasaraya. Anda juga akan mendapati bahawa sukar untuk mencari bahan makanan yang dikehendaki, terutamanya bahan makanan barat. Sesetengah Kedai Runcit menawarkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar, tetapi tidak lebih daripada 10 hingga 20 jenis pada satu-satu masa (paling banyak 30), dan dalam jumlah yang sangat terhad.

Pasaraya: Tidak ragu lagi bahawa Pasaraya Besar menawarkan pelbagai produk yang lebih banyak, termasuklah barang-barang kering dan buah-buahan segar, sayur-sayuran dan daging. Anda tidak perlu risau untuk mencari bahan-bahan untuk memasak masakan Timur dan Barat, dan juga perasa yang jarang didapati.

3. Perkhidmatan

Gambar dari kiri ke kanan Kedai Runcit (Pusat Internet Felda Bukit Puchong) & Pasaraya (Malaymail)

Kedai Runcit: Kedai Runcit adalah sangat peribadi dan pemilik mungkin akan mengenali nama anda jika anda biasa membeli di situ. Anda akan mendapati bahawa anda boleh berkawan dengan pengendali Kedai Runcit tempatan dalam masa yang singkat dan ini membawa kepada faedah lain seperti mendapatkan diskaun sekali-sekala atau dapat membeli secara kredit.

Pasaraya: Walaupun Pasaraya mempunyai banyak kakitangan yang dapat membantu anda untuk mendapatkan apa yang anda perlukan, hubungan itu adalah jauh dan formal. Tidak akan ada kebiasaan yang anda boleh dapati di kedai runcit dan tidak ada alasan bagi kakitangan untuk melayan anda berbeza daripada pembeli lain.

4. Program dan Kredit Ganjaran

Gambar dari kiri ke kanan Kedai Runcit (SAYS) & Pasaraya (Beetify)

Kedai Runcit: Kedai Runcit biasanya tidak menawarkan program ganjaran ataupun program mata dan kebanyakan kedai runcit tidak menerima kad kredit atau debit. Walaubagaimanapun, jika anda telah akrab dengan pemiliknya, beberapa bentuk kredit mungkin dibenarkan dan sering direkodkan dalam buku catatan 555 pemilik kedai runcit.

Pasaraya: Anda akan mendapati bahawa Pasaraya Besar menawarkan kad keahlian yang boleh mengumpul mata dan mata ini boleh digunakan pada kemudian hari untuk menebus diskaun atau hadiah. Ahli-ahli juga dapat menikmati pelbagai faedah lain. Anda boleh menggunakan kad debit dan kad kredit dengan lebih mudah di Pasaraya Besar dengan hanya menyeretnya dan menggunakan nombor pin anda.

Kedua-dua Kedai Runcit dan Pasaraya Besar mempunyai kelebihan dan keburukannya yang tersendiri dan kedua-duanya penting dalam kehidupan rakyat Malaysia. Kedai-kedai Runcit adalah pilihan mudah yang biasanya terletak dalam jarak berhampiran dengan rumah anda dan menawarkan perkhidmatan yang lebih peribadi, sedangkan Pasaraya menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang lebih kompetitif.

Rencana ini disediakan oleh Direct Lending, sebuah landasan dalam talian yang mendukung misi untuk memberikan bantuan kewangan mudah, selamat, dan berpatutan kepada mereka yang bekerja keras. Kami bantu peminjam untuk mencari, mohon, dan menerima bantuan kewangan yang sesuai dengan mereka. Perkhidmatan kami adalah 100% percuma.

Ikutilah blog & Facebook kami untuk tips pengurusan kewangan yang berguna.

Direct Lending

Add comment