Direct Lending

(INFOGRAFIK) Pakej PRIHATIN & Bantuan Prihatin Nasional – Kelayakan, Cara Mohon & Bayaran

Pada 27 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang berjumlah RM250 bilion bertujuan untuk memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Infografik berikut meringkaskan Pakej PRIHATIN kepada 4 kumpulan.

  • Kumpulan 1 memberikan fokus kepada golongan B40 & M40, pesara dan pelajar
  • Kumpulan 2 adalah penjawat awam seperti kakitangan perubatan dan kakitangan pertahanan
  • Kumpulan 3 adalah untuk pekerja swasta dan yang bekerja sendiri
  • Kumpulan 4 merujuk kepada manfaat semua rakyat yang layak dapat

Kami juga ringkaskan cara untuk menyemak kelayakan pakej PRIHATIN ini, cara memohon dan tarikh pembayaran. 

Infografik Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) 2020

Setahu anda, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM10 bilion untuk Bantuan Prihatin National (BPN) terutamanya untuk Kumpulan Pertama seperti yang dinyatakan dalam infografik di atas – Golongan B40 dan M40.

Adakah saya layak untuk menerima bantuan Prihatin Nasional ini? Bilakah saya akan menerima pembayaran ini?

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah salah satu inisiatif kerajaan dalam pakej PRIHATIN yang ditumpukan kepada golongan B40 & M40.

Menurut LHDN, rakyat Malaysia akan diberitahu melalui SMS atau e-mel mengenai kelayakan mereka untuk bantuan Prihatin Nasional, bermula secara berperingkat mulai 1 April. Sekiranya anda menerima SMS atau e-mel itu, anda tidak perlu melakukan pemeriksaan selanjutnya mengenai kelayakan anda dengan LHDN.

Sekiranya layak, pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) secara berperingkat akan bermula 6 April 2020 untuk golongan B40 dan M40. Baki bayaran akan dibayar mulai 4 Mei 2020. 

Untuk Golongan B40

Kategori Kahwin/Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda Bujang
Pendapatan Bulanan  <RM4,000 <RM2,000
Jumlah Bantuan  RM1,600 RM800
Tempoh Pembayaran April:RM1,000
Mei:RM600
April:RM500
Mei:RM300

Untuk Golongan M40

Kategori Kahwin/Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda Bujang
Pendapatan Bulanan  RM4,001-
RM8,000
RM2,001-
RM4,000
Jumlah Bantuan  RM1,000 RM500
Tempoh Pembayaran April:RM500
Mei:RM500
April:RM250
Mei:RM250

Bagaimanakah Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)?

Untuk golongan B40, penerima bantuan Bantuan Sara Hidup (BSH) tidak perlu memohon kerana mereka sudah berada di pangkalan data BSH.

Untuk golongan M40, pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan yang telah ditetapkan juga tidak perlu memohon sebab rekod anda dah ada di rekod LHDN.

Semakan boleh dibuat di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Penerima BPN yang ada rekod cukai perlu mengemas kini maklumat perbankan anda sebelum 30 April 2020, sila layari laman ini untuk kemas kini.

Sekiranya semakan menunjukkan ‘tiada rekod’ tetapi anda memenuhi kriteria kelayakan sebagai golongan B40 dan M40, anda boleh membuat permohonan baru di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dari 1 April 2020 sehingga 30 April 2020.

Tiada permohonan secara manual dibenarkan kerana semua premis LHDN ditutup sementara sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat. Untuk maklumat lanjut tentang Pakej Prihatin, sila layari laman ini.

Apakah Kaedah Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)?

Untuk Golongan B40, sekiranya ada maklumat akaun, bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank berdaftar di bawah BSH. Jika status bayaran gagal/tiada akaun, bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional. 

Untuk Golongan M40, bayaran akan dimasukkan ke akaun bank yang dinyatakan di BNCP terkini. Bayaran kredit dimasukkan ke akaun bank ketua isi rumah. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas pembayar cukai yang ditaksir. Jika akaun bank tutup/tidak aktif, bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional.

**Maklumat adalah tepat sewaktu masa penulisan). 

Infografik ini disediakan oleh Direct Lending, satu platform Pinjaman Peribadi Bank & Koperasi yang menawarkan pinjaman serendah 3.90% atau secepat 2 hari bekerja. Ikutilah blog dan Facebook kami untuk maklumat kewangan terkini dan tips pengurusan kewangan.

Direct Lending

Add comment