Ini 7 Senarai Delivery Makanan Di Malaysia Yang Anda Patut Tahu - Direct Lending Malaysia

Ini 7 Senarai Delivery Makanan Di Malaysia Yang Anda Patut Tahu

Umum sedia maklum, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, rakyat Malaysia dinasihatkan agar patuh arahan duduk di rumah dan hanya keluar atas urusan penting sahaja.

Bagi menyahut seruan itu, kita juga digalakkan membuat pembelian secara online seperti membeli barang keperluan harian atau makanan supaya dapat menjamin keselamatan selain mematuhi arahan penjarakan fizikal.

Berikut di bawah adalah antara senarai perkhidmatan penghantaran atau delivery makanan terus ke kediaman anda:

1. Grab Food

Selain daripada perkhidmatan e-hailing yang ditawarkan kepada penggunanya, Grab turut menawarkan khidmat delivery makanan iaitu Grab Food.

Sumber Gambar: Grab Food

Cara Pesanan: Laman web dan aplikasi di telefon pintar

Minimum Order: Tiada

Cara Bayaran: GrabPay, Cash On Delivery (COD), Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card, Online Banking

Waktu Operasi Penghantaran Ketika PKP: Setiap hari dari 7 pagi sehingga 8 malam

2. Foodpanda

Pelanggan boleh memaklumkan kepada penunggang bahawa mereka memilih penghantaran tanpa sentuh atau contactless delivery dalam proses pemesanan makanan.





Sumber Gambar: Foodpanda

Cara Pesanan : Laman web dan aplikasi di telefon pintar

Minimum Order : Tiada

Cara Bayaran: COD, Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card, Online Banking

Waktu Operasi Penghantaran Ketika PKP: Setiap hari dari 8 pagi sehingga 8 malam

3. AirAsia Food

Platform penghantaran makanan baharu AirAsia, airasia food, yang dikendalikan oleh Teleport, syarikat logistik milik Airasia Digital terus menawarkan kemudahan kepada peniaga untuk menyertai platform itu tanpa sebarang kos tersembunyi.

Sumber Gambar: AirAsia Food

Cara Pesanan: Laman web dan aplikasi di telefon pintar

Minimum Order: Tiada

Cara Bayaran: COD, Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card, Online Banking

Waktu Operasi Penghantaran Ketika PKP: Setiap hari dari 8 pagi sehingga 8 malam

4. Pop Meals

Pop Meals atau dulunya lebih dikenali sebagai Dah Makan, merupakan salah satu perkhidmatan penghantaran makanan daripada sarapan pagi sehingga hidangan makan malam yang ada untuk anda.

Sumber Gambar: PopMeals

Cara Pesanan: Laman web dan aplikasi di telefon pintar

Minimum Order: Tiada

Cara Bayaran: COD, Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card, Online Banking

Waktu Operasi Penghantaran Ketika PKP: Setiap hari dari 8 pagi sehingga 8 malam

5. DeliverEat

Sejak tahun 2012, pada mulanya servis penghantaran makanan DeliverEat ini memilih kawasan utara semenanjung untuk memulakan perniagaan mereka. Kini servis DeliverEat telah berkembang ke kawasan Lembah Klang berikutan permintaan yang lebih tinggi.

Sumber Gambar: DeliverEat

Cara Pesanan: Laman web dan aplikasi di telefon pintar

Minimum Order: Tiada

Cara Bayaran: Shopee Pay, COD, Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card, Online Banking

Waktu Operasi Penghantaran Ketika PKP: Setiap hari dari 8 pagi sehingga 8 malam

6. Running Man

Mungkin anda tidak biasa mendengar nama servis Running Man ini, ketahuilah ianya wujud dan anda juga boleh memesan makanan dan minuman apabila menggunakan perkhidmatan ini.

Sumber Gambar: Running Man

Cara Pesanan: Laman web dan aplikasi di telefon pintar

Minimum Order: Tiada

Cara Bayaran: COD, Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card, Online Banking

Waktu Operasi Penghantaran Ketika PKP: Setiap hari dari 8 pagi sehingga 8 malam

7. Go Eat

Go Eat telah berjaya mencipta sejarah delivery mereka yang pertama pada 20 Januari 2020, setelah hampir setahun bekerja keras membangunkan platform Go Eat.

Jangan lupa nikmati hidangan yang menyelerakan di musim PKP ini di aplikasi Go Eat!

Sumber Gambar: Go Eat

Cara Pesanan: Aplikasi di telefon pintar

Minimum Order: Tiada

Cara Bayaran: COD, Visa, MEPS, Debit Card, Credit Card, Online Banking

Waktu Operasi Penghantaran Ketika PKP: Setiap hari dari 8 pagi sehingga 8 malam

Bagaimanapun, perlu diingat syarat yang ditetapkan ketika pelaksanaan PKP fasa kedua adalah penghantaran makanan hanya dibuat antara pukul 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Oleh itu pastikan anda membuat pesanan lebih awal daripada biasa jika anda mahu menggunakan salah satu platform delivery makanan yang disenaraikan ini. Stay safe!

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending, satu platform pinjaman peribadi bank dan koperasi khas untuk penjawat awam. Kadar serendah 2.75% atau secepat 2 hari bekerja. Semak kelayakan anda secara percuma.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter