Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Untuk Penjawat Awam & Pesara Kerajaan

Tarikh Rasmi Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Untuk Penjawat Awam & Pesara Kerajaan

Bukan hanya untuk penjawat sepenuh masa, Contract Of ServiceContract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP juga antara dua juta penjawat awam yang akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 daripada kerajaan. Berita gembira ini turut disambut oleh pesara kerajaan yang akan menerima bantuan sebanyak RM250.

Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021. Bantuan khas tersebut akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara. Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelum atas keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri.

PEJABAT PERDANA MENTERI
22 April 2021

Berdasarkan kenyataan media, bantuan ini di dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelum atas keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi. Kami boleh bantu anda semak, cari & mohon pinjaman yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda. Semak secara percuma & dapatkan kelayakan anda dengan segera. Terima kewangan tambahan secepat 2 hari bekerja.

SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan