Cara-cara Berbuka Puasa Tanpa Perlu Berbelanja Lebih - Direct Lending Malaysia

Cara-cara Berbuka Puasa Tanpa Perlu Berbelanja Lebih

Tidak lama lagi, umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Ternyata Ramadhan dan makanan tidak dapat dipisahkan. Setelah menahan lapar dan dahaga seharian, masa untuk berbuka puasa merupakan saat yang paling dinantikan.

Bagi warga kota umumnya, amalan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Ramadhan bersama keluarga menjadi keutamaan pada minggu pertama Ramadhan dan semestinya berbuka puasa bersama masakan ibu yang tiada tandingannya menjadi perkara yang dinanti-nantikan.

Jika sedang menjalani ibadah puasa, sudah tentu anda sedang berfikir bagaimana anda boleh makan hingga kenyang semasa berbuka, tetapi masih mampu berjimat dan tidak boros sepanjang bulan Ramadhan ini. Di sini terdapat beberapa cara untuk berbuka puasa tanpa berbelanja lebih!

Beli Makanan di  Pasar Bazar Ramadhan

Pasar Ramadhan
Sumber Gambar: Oh! Media

Bazar Ramadhan menjadi tumpuan warga kota untuk membeli juadah yang jarang didapati pada waktu lain seperti kuih Tepung Pelita, kuih Badak Berendam, Ayam Percik, Air Khatira dan sebagainya. Juadah yang dijual di pasar Ramadhan ini secara amnya lebih murah jika dibandingkan dengan restoran atau hotel –hotel yang mewah. Rata-ratanya, anda boleh membeli banyak juadah dengan hanya RM10, termasuk minuman sejuk yang manis.

Tips untuk berjimat termasuklah membeli ikut kemampuan selera anda dan jangan beli makanan secara berlebihan. Jika ada makanan yang tertinggal selepas habis berbuka, anda bolehlah menyimpannya di dalam peti sejuk supaya boleh dipanaskan untuk sahur kelak.

Mengambil Bubur Lambuk Daripada Masjid Berhampiran

bubur lambuk
Sumber Gambar: pinterest.com

Bubur lambuk adalah antara makanan popular yang hanya terdapat pada bulan Ramadhan sahaja. Terdapat beberapa masjid yang menyediakan hidangan ini secara gotong-royong. Di Lembah Klang, Masjid yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan bubur lambuk adalah Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur di mana orang akan mula beratur seawal  jam 3 petang untuk mengambil bubur lambuk ini.  

Anda juga boleh bertanya di masjid berdekatan kawasan tempat tinggal anda bila bubur lambuk akan diagihkan, dan ambillah sekadar yang perlu sahaja. Satu idea yang lebih baik adalah untuk turut sama bergotong-royong menyediakan bubur lambuk ini sebagai satu cara berkhidmat untuk masyarakat pada bulan yang mulia ini.

Datang Awal Untuk Buffet di Hotel

Ramadhan Buffet
Sumber Gambar: sinfully-delicious.net

Bagi yang berkemampuan, terdapat berbagai pilihan untuk berbuka puasa di hotel / restoran yang menyediakan buffet Ramadhan pada harga yang berbeza. Kambing Bakar dan Gulai Kawah adalah antara makanan yang popular di buffet. Untuk mendapatkan harga yang berpatutan, belilah  baucar ‘early bird’ untuk  buffet Ramadhan daripada laman membeli-belah seperti Fave atau Cari Destinasi  untuk untuk mengetahui di mana promosi di seluruh Malaysia.

Hadiri Majlis Berbuka Puasa

ramadhan potluck
Sumber Gambar: topsy.one

Bagi mereka yang bekerja di syarikat persendirian, badan kerajaan atau yang serupa dengannya, sudah tentu akan anda dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama. Anda bolehlah berjimat sehari dua jika bersetuju untuk hadir, dan juga boleh menikmati pelbagai juadah yang tidak biasanya disediakan di rumah.

Selain itu, anda boleh juga berkongsi kos dan menganjurkan majlis berbuka dengan kawan atau ahli keluarga secara ‘pot luck’ untuk meringankan beban kewangan anda.

Bulan Ramadhan merupakan masa yang baik untuk merenungkan perihal kewangan peribadi anda. Jika anda memerlukan sedikit wang tunai untuk mencukupkan persediaan anda meraikan Syawal, anda  bolehlah mempertimbangkan pinjaman koperasi yang  kami sediakan supaya anda boleh beraya dengan fikiran yang tenang.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *