Customer ‘Ghaib’ Lepas Dah Order Makanan Lebih RM100, Tapi Inisiatif Rider FoodPanda Ini Dipuji

Kerja sebagai penghantar makanan atau rider sememangnya tugas yang mencabar tambahan lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan. Oleh itu, pastinya mereka perlu berusaha lebih untuk mendapatkan orderatau bersaing dengan rider yang lain.

Begitupun, kadangkala mereka ini juga sering dianiaya atau dikenakan prank oleh segelintir customer yang membuat fake order. Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang rider ini yang berkongsikan pengalamannya di media sosial TikTok miliknya sehinggakan mendapat perhatian ramai.

Berikut di bawah adalah video perkongsiannya di TikTok:

https://www.tiktok.com/@anasmansor99/video/6925068680321600770?sender_device=pc&sender_web_id=6924849116548826625&is_from_webapp=v2&is_copy_url=0

Menerusi video yang dimuat naik oleh @anasmansor99, dia berasa kecewa apabila seorang customer sanggup menganiayanya dengan meletakkan alamat yang salah pada order dan tidak muncul langsung sebaik saja dia sampai di tempat berkenaan.

Malah, jumlah pesanan yang dibuat oleh customer itu bukan sedikit tetapi sehingga lebih RM100. Dalam pada itu, dia juga turut memberikan nasihat buat semua pelanggan yang tidak bertanggungjawab seperti itu.

“Korang yang nak order sampai beratus tu, please letak alamat betul and sentiasa dekat dengan phone. Call tak dapat, chat tak reply. Pin location dekat tengah jalan, tengah hari rembang pulak”

“Last-last cancel macam tu je order yang beratus tu. Jauh-jauh aku datang dan aku tak dapat payment penuh disebabkan order tu cancel. Banyak-banyak ni nak buat apa,” katanya.

Walau bagaimanapun, menerusi video part 2 yang dimuat naiknya, pada mulanya dia berkira-kira sama ada perlu jual atau buang saja order itu. Tetapi akhirnya dia membuat keputusan untuk bersedekah sahaja kepada mereka yang memerlukannya ketika cuaca panas terik itu.

Lihat video penuh part 2 yang dimuat naiknya itu di bawah:

https://www.tiktok.com/@anasmansor99/video/6925795143777897730?sender_device=pc&sender_web_id=6924849116548826625&is_from_webapp=v2&is_copy_url=0

Menerusi video yang dimuat naik olehnya itu, dapat dilihat individu-individu yang menerima minuman tersebut terdiri daripada penghantar makanan dan barangan, penjual jeruk mangga dan dua pelajar sekolah yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Inisiatif yang dibuat oleh rider ini sangatlah dipuji walaupun dirinya dianiaya oleh customer yang tidak bertanggungjawab dan memunculkan diri. Dia tetap menunjukkan sifat murni yang boleh kita contohi. Terima kasih abang rider!

Sumber: TikTok (@anasmansor99)

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi khas untuk penjawat awam. Kami akan bantu anda cari, banding & mohon pinjaman yang paling sesuai dengan posisi kewangan anda. Mohon dan semak kelayakan anda secara percuma. Kadar serendah 2.75% atau secepat 2 hari bekerja.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter