[DirectInspirasi] “Doktor cakap no hope” Ini Pengalaman Frontliner Jaga Anak Tak Cukup Bulan

[DirectInspirasi] “Doktor cakap no hope” Ini Pengalaman Frontliner Jaga Anak Tak Cukup Bulan

Tiada yang mengharapkan bayi mereka tak cukup bulan, atau pramatang tetapi jika sudah ditakdirkan, anda sebagai ibu bapa perlulah bersedia dengan segala cabaran yang mungkin anda akan hadapi.

Kami telah mendekati salah seorang pelanggan Direct Lending, Puan Nur’ Ashiqin yang telah melahirkan anak pramatang serta merungkai pengalaman beliau menjaga Anaqi (berumur 11 bulan).

Kisah puan Ashiqin menyayat hati kami apabila doktor sahkan Anaqi tiada harapan untuk survive setelah menjalani pembedahan sebanyak 6 kali. Namun berkat usaha dan doa, Anaqi kini boleh balik ke rumah buat pertama kali selepas 11 bulan dijaga rapi di hospital.

Boleh anda perkenalkan diri dan latar belakang?

Nama saya Nur’ Ashiqin binti Ahmat, menetap di Kuala Lumpur dan bekerja dalam sektor kerajaan sebagai jururawat (frontliner) untuk sebuah hospital di Seremban. Sudah berkahwin dan kini mempunyai seorang anak (11 bulan), iaitu Aniq Anaqi bin Anuar.

Boleh ceritakan tujuan Puan Ashiqin memohon pembiayaan peribadi melalui Direct Lending?

Tujuan saya memohon pinjaman peribadi melalui Direct Lending adalah untuk menanggung kos rawatan anak saya Anaqi yang lahir tak cukup bulan. Anaqi mempunyai pelbagai masalah kesihatan semenjak lahir dan telah menjalani 6 kali pembedahan. Kos rawatan dan juga mesin peralatan untuk Anaqi sangat mahal. Walaupun kami mempunyai insurans perlindungan, namun kos untuk beli mesin dan aksesori rawatan tidak termasuk dalam pakej insurans tersebut.

Saya dan suami buntu untuk mendapatkan kewangan tambahan kerana suami saya telah pun mempunyai hutang sedia ada dengan institusi kewangan yang lain. Oleh itu, saya sebagai seorang mak dan isteri faham ia adalah tanggungjawab saya juga untuk menanggung kos rawatan anak kami. Walaupun, saya bekerja dalam sektor kerajaan tapi saya terpaksa mohon cuti tanpa gaji selama 7 bulan untuk menjaga anak di hospital. Ini menyebabkan pendapatan saya semakin merosot setiap bulan dan membuat keputusan untuk memohon pembiayaan peribadi bagi menampung kos rawatan anak.

Apakah pengalaman Puan Ashiqin memohon pembiayaan peribadi melalui Direct Lending?

Secara jujurnya, saya menyemak kelayakan di beberapa platform dan institusi kewangan termasuklah Direct Lending. Namun, hanya Direct Lending yang berjaya menarik perhatian saya untuk meneruskan permohonan pinjaman. Saya tertarik dengan komen dan maklum balasyang positif daripada pelanggan-pelanggan Direct Lending di Google . Selain itu, kawan saya juga merupakan salah seorang pelanggan Direct Lending. Feedback yang positif dari dia membuatkan saya lebih yakin untuk meneruskan permohonan dengan Direct Lending.

Bila permohonan diteruskan, saya amat berterima kasih dengan layanan dan bantuan daripada loan consultant, Alia yang banyak membantu dan menjelaskan kepada saya proses permohonan pinjaman. Masa untuk pinjaman diluluskan juga sangat cepat! Oleh itu, saya juga membuat pinjaman yang kali kedua menerusi platform Direct Lending dan masih dibantu oleh Alia. Pinjaman kedua saya juga, cepat diluluskan dan semua proses berjalan dengan lancar.

Antara Customer Review di Facebook Direct Lending.

Apakah penyakit yang dialami oleh Anaqi?

Aniq Anaqi Bin Anuar 11 bulan

Saya bersalin tak cukup bulan, Anaqi hanya berusia 28 minggu dan berat 900gram sahaja semasa dilahirkan.Semasa tengah pantang, doktor pernah sahkan mungkin no hope untuk Anaqi, jadi saya diminta untuk bersedia dari segi fizikal dan mental kalau jadi sesuatu. Ketika itu, saya dan suami mula tertekan dan sedih, apatah lagi ini anak adalah pertama kami. Tapi, alhamdulillah, dengan kuasa Allah Anaqi mempunyai semangat untuk hidup yang kuat.

Anaqi mempunyai masalah salur makan iaitu saluran makan tidak bersambung. Kedua, Anaqi juga mengalami masalah paru-paru, iaitu tidak cukup matang dan doktor juga mendapati Anaqi sukar bernafas seperti biasa kerana mempunyai masalah di salur pernafasan yang sempit (paru-paru atas dan kiri).

Bila Anaqi semakin membesar, doktor juga telah detect masalah jantung yang menyebabkan Anaqi tak dapat mengepam oksigen dengan normal. Oleh itu, selain pembedahan Anaqi juga memerlukan mesin untuk bantu dia bernafas, mesin untuk minum susu dan mesin suction air liur/kahak.

Anaqi terpaksa mendapatkan rawatan di hospital semenjak lahir sehinggalah dia berusia 11 bulan, barulah dapat dipindahkan dan dirawat di rumah saya. Sepanjang menerima rawatan di hospital, Anaqi telah masuk ICU lebih kurang 6 kali. Semasa proses pembedahan dia akan kerap menjadi biru dan memerlukan rawatan CPR.

Anaqi juga mempunyai banyak ubat untuk membantu rawatan tersebut. Seperti ubat jantung, ubat paru-paru, ubat darah tinggi dan lain-lain. Ubat-ubat ini menelan kos yang agak mahal juga dan walaupun saya bekerja dalam sektor kerajaan, ada beberapa keperluan yang tidak akan ditanggung oleh majikan.

Berapakah anggaran jumlah kos untuk rawatan Anaqi selama di hospital?

Jumlah rawatan mencecah RM70k. Rawatan pembedahan lebih kurang RM40k dan kos untuk beli mesin sahaja lebih RM20k. Walaupun saya dan suami mempunyai bajet untuk rawatan Anaqi, namun ianya masih tidak cukup untuk menampung keseluruhan kos rawatan.

Oleh sebab itu, setelah permohonan pertama diluluskan, saya juga memohon pembiayaan peribadi yang kedua kali melalui Direct Lending. Alhamdulillah, kedua-dua proses pinjaman tersebut cepat dan dipermudahkan.

KisahPuan Ashiqin dan Anaqi ini menjadi inspirasi kepada kami! Anaqi kini menerima rawatan rapi di rumah sahaja bersama keluarga Puan Ashiqin. Puan Ashqin juga rasa bersyukur dan berterima kasih atas sokongan yang tak putus-putus daripada ahli keluarga. Dia juga memberi nasihat kepada ibu-ibu mengandung untuk jaga kandungan dengan baik, Jika bekerja anda kenalah selalu rehat dan jaga kandungan. Elakkan bekerja berlebihan yang mengakibatkan kandungan anda terjejas. Kami di Direct Lending mendoakan yang terbaik untuk Puan Ashiqin dan semoga Anaqi tetap kuat! Stay strong!

Sekiranya anda ingin mohon pinjaman peribadi bank & koperasi tetapi tidak pasti pinjaman yang mana adalah sesuai untuk anda, jangan risau. Direct Lending boleh bantu anda dapatkan pinjaman peribadi yang bersesuaian dengan keperluan kewangan anda. Semak kelayakan anda secara percuma. Tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan. Kelulusan pinjaman secepat 2 hari bekerja.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter