Senarai TERKINI Bantuan PKP 3.0 PEMERKASAplus
bantuan pkp3.0

Senarai TERKINI Bantuan PKP 3.0 PEMERKASAplus

Pada 28 Mei 2021, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh atau ‘TOTAL LOCKDOWN’ di seluruh negara termasuk penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi selama 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021. Tempoh 2 minggu ini hanyalah untuk fasa 1 PKP3.0 sahaja, fasa 2 akan diteruskan sehinggalah wabak COVID 19 di Malaysia kembali reda.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada pukul 9 malam tadi. Ini adalah senarai bantuan PKP 3.0. yang dinamakan sebagai Pemerkasa+ ataupun Pemerkasa Tambahan. Program PEMERKASA plus bernilai RM40 bilion diperkenalkan bagi membantu meredakan cabaran ekonomi semasa.

Terdapat tiga matlamat utama PEMERKASAplus iaitu:

  • Mempertingkatkan kapasiti awam
  • Meneruskan agenda prihatin rakyat
  • Menyokong kelangsungan perniagaan.

Senarai Bantuan PKP 3.0 Pemerkasa+

(BPR) Bantuan Prihatin Rakyat

RM2.1 bilion untuk BPR tambahan sehingga RM500 (mengikut kategori) menjelang hujung Jun. Berikut ialah antara golongan yang layak:

  • Isi rumah pendapatan RM2500 ke bawah akan menerima BPR tambahan RM500
  • Isi rumah pendapatan RM2501 – RM5000 akan menerima BPR tambahan RM300
  • Bujang akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM100

Bantuan Pembayaran Balik & Moratorium

Moratorium untuk mereka yang terjejas dengan pilihan berikut:

1. Kelulusan automatik selama 3 bulan ATAU
2. Pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan.

Perkara ini boleh dirujuk di institusi perbankan mulai esok.

Program Subsidi Upah PERKSEO

  • Program Subsidi Upah di bawah PERKESO dilanjutkan selama sebulan.
  • Program ini melibatkan semua sektor ekonomi yang terjejas.
  • Lebih 200,000 majikan dan 2.5juta pekerja akan dapat manfaat.

Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi

  • Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi akan membantu pengusaha bas dan teksi yang layak untuk mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sewa beli sehingga 36 bulan.

Kesihatan

  • Peruntukan RM450 juta disediakan untuk meningkatkan kapasiti katil dan peralatan ICU untuk rawatan COVID-19.
  • Peruntukan RM550 juta untuk menampung keperluan perbelanjaan berkaitan COVID-19 pelbagai.
  • Melanjutkan lantikan lebih 14,000 pekerja kontrak dalam bidang kesihatan sehingga tahun 2022.
  • Pemberian vaksin dipercepatkan 80,000 dos sehari (sasaran 150,000 dos sehari menjelang akhir Jun 2021).
  • Aset kerajaan digerakkan untuk permudah warga emas ke PPV.

Kadar Geran Khas Prihatin (GKP)

Kerajaan bersetuju agar kadar Geran Khas Prihatin ditambah sebanyak RM500 kepada RM1,500. RM1,000 akan diagihkan pada pertengahan Jun dan RM500 pada awal Julai 2021.

Perniagaan

  • Penambahan fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar untuk PKS terjejas sebanyak RM2 bilion.
  • Pembiayaan sebanyak RM1.5 bilion ringgit bagi pembiayaan mikro kredit oleh BSNTEKUNMARA, SME Corp. dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3%.

Bantuan Khas “One-Off” RM500

RM68 juta akan diagihkan untuk Bantuan Khas “One-Off sebanyak RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas sekolah, bas persiaran serta kereta sewa dan e-hailing yang terjejas.

Pembayaran akan bermula pada Julai 2021.

Diskaun Bil Elektrik

Pemberian diskaun bil elektrik sebanyak 10% selama 3 bulan kepada pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks membeli belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.

Duti Setem

  1. Pelanjutan dan pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sehingga 31 Disember 2021.
  2. Melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan CBU import hingga 31 Disember 2021.

Program MARA Prihatin

Peminjam boleh jadualkan semula bayaran pinjaman pelajaran dan akan menerima bantuan moratorium.

Cukai

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri akan mempertimbangkan rayuan pengenaan penalti dan menangguhkan pembayaran penalti ke tahun 2022.
  • Pelanjutan untuk penghantaran penyata kewangan, pelaksanaan mesyuarat tahunan bagi syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia dan moratorium denda bagi penghantaran lambat dokumen berkanun oleh SSM.
  • Pengecualian bayaran lewat untuk membaharui lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021 bagi PKS mikro serta perniagaan milikan tunggal dan perkongsian.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai setiap bantuan, sila rujuk kepada laman web Kementerian Kewangan.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending. Platform digital yang membantu anda untuk cari, membuat perbandingan dan memohon pinjaman peribadi yang paling murah dan sesuai untuk anda. Sistem semakan kelayakan pintar kami boleh mencadangan pinjaman peribadi Bank dan Koperasi yang terbaik untuk anda.

Perkhidmatan kami 100% percuma, tiada caj pendahuluan atau caj pemprosesan.

join-telegram_Direct-Lending
SHARE ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on twitter

Subscribe Newsletter

* indicates required
tabung_template_dl

FREE

Download template bajet bulanan komprehensif kami secara PERCUMA! 

 

Bajet Bulanan

Template

1 x Planner Bajet Bulanan

1 x Planner Simpanan

Anda akan dapat :

1 x Checklist Kewangan