Trend pemakaian pakaian bundle bukanlah perkara yang asing dalam kalangan masyarakat kita malah terdapat banyak kedai menjual pakaian terpakai yang kebiasannya diimport dari luar negara ini.
Begitu juga dengan kisah seorang lelaki ini yang juga merupakan pengusaha sebuah kedai bundle tular di media sosial baru-baru ini apabila dikatakan berjaya menjual sehelai baju T-shirt lusuh Geisha Official keluaran jenama Nike pada harga RM37,500 menerusi jualan lelongan bidaan di Facebook live.

Lelaki yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu berkata, baju rare ini berusia hampir 40 tahun tersebut telah dibeli oleh seorang pengumpul pakaian vintage dari Kuala Lumpur.
Malah, pembeli itu juga telah pun membayar duit berjumlah RM37,500 menerusi online banking kepada Mohd Suhairi atau disapa juga sebagai Mat Yie To Ube.
Lihat posting penuh yang dimuat naik oleh Mat Yie Tok Ube di laman Facebook miliknya:


“Syukur Alhamdulillah rezeki itu tak salah alamat, terima kasih kepada Otai Lee (pembida) kerana sanggup membida pada harga yang tertinggi bagi pembelian baju ini dan ini merupakan rekod jualan tertinggi yang pernah saya terima,” jelasnya.
Walaupun bajunya lusuh ibarat sesuai dijadikan seperti sehelai ‘kain buruk’ oleh orang ramai, namun tidak bagi mereka yang peminat pakaian vintage. Bagi mereka, pakaian ini dilihat sebagai sesuatu yang bernilai tinggi biarpun kualitinya tidak secantik pakaian yang baharu.
Mat Yie juga menjelaskan bahawa T-shirtberkenaan merupakan keluaran edisi terhad dan hanya dipasarkan kurang daripada 10 unit di negara ini. Maka tidak hairan, keluaran unitnya yang terhad menyebabkan baju tersebut boleh dijual dengan harga yang mencecah puluhan ribu ringgit.
Bagaimana pula dengan korang? Jika diberikan peluang membida T-shirtberjenama Nike seperti ini, sanggup atau tidak korang meletakkan harga yang tinggi daripada harga bidaan ini?
Artikel ini dituliskan oleh Direct Lending, satu platform pinjaman peribadi bank & koperasi yang menawarkan pinjaman yang cepat, mudah & selamat. Semak kelayakan anda secara percuma menerusi platform kami. Kelulusan pinjaman secepat 2 hari bekerja.
