Lelaki Ini Kongsi Sikap Jujur & Amanah Orang Jepun Ini Patut Dicontohi Rakyat Malaysia

Umum sedia maklum, negara Jepun amat terkenal dengan sikap etika serta yang budaya yang baik yang patut kita contohi. Orang Jepun juga bukan sahaja berjaya mempelopori dunia dalam bidang sains dan teknologi, malah mereka turut mendahului bangsa lain dalam aspek sosio budaya dengan sifat, sikap diri dan etika kerja yang cemerlang.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini seorang lelaki berkongsikan pengalaman rakannya yang kehilangan sebuah telefon smartphone di negara Jepun di laman Facebook miliknya. Menurut Kamal Zharif, rakannya itu hanya menyedari smartphone hilang apabila telah sampai ke rumah.

Tanpa membuang masa rakannya itu terus memeriksa kedudukan telefon pintarnya melalui komputer menerusi sebuah software. Rakannya bernasib baik kerana dapat mengenal pasti lokasi keberadaan telefon pintarnya itu. Jelasnya lagi, rakannya sekali bernasib baik kerana sudah mendapatkan telefon pintarnya semula daripada pihak berkuasa tempatan di situ.

Berikut di bawah adalah perkongsian penuh oleh lelaki itu di laman Facebook miliknya:

Sumber Gambar: Facebook (@Kamal Zharif Bin Kamaludin)

Sebaik sahaja tiba di rumah, dengan muka separuh serius, terus saja beliau beritahu kami bahawa iPhone telah hilang. “Habislah, sangat berjasa iPhonenya.” Saya mula bertanya “Bila hilang?”

Keadaan begitu betul-betul pernah berlaku pada rakan kami, iaitu di laluan Tokyo Metro, Tozai line. Ketika waktu puncak, kepadatannya menghampiri 200% dari kapasiti normal sesebuah gerabak. Beliau bercakap lagi “Aku tak pasti bila, selepas sampai rumah alih-alih poket aku rasa ringan. Aku terus check dan rasa tak ada”.

“Ok, kita cuba tengok dulu bendanya ada di mana. Kita buka komputer dan cari lokasi iphone sekarang”. Menerusi software yang digunakan, kami dapat kenal pasti ia berada di sekitar stesen Ueno. (tempat pelancong Tokyo selalu berjalan-jalan)

“Eh, macam mana boleh ke situ pula?”

“Kau guna Tozai line, alih-alih berpindah ke Ueno line?”

“Tak apa, kau pergi sekarang.”

Dia terus balik ke bilik sebentar untuk bersiap.”Ok, aku keluar terus dari rumah”.

Sumber Gambar: Facebook (@Kamal Zharif Bin Kamaludin)

Setelah tiba di sana, kawan kami beritahu bahawa iPhone sudah dapat diterima semula. Alhamdulillah, kami berada dalam kelompok 82% orang yang bernasib baik mendapat semula smartphone yang hilang. Itu data daripada Tokyo Metropolitan Police Department 2017.

Saya bertanya “Jadi macam mana iphone boleh bergerak ke Ueno station?”

“Ada orang yang jumpa di penghujung Tozai line, kemudian bagi kepada staf tren.” 

Sikap Jepun begitulah. Mereka jarang mengambil barang-barang berharga sesuka hati, sebaliknya memulangkan kepada pihak berkuasa. Dalam kes kami, iPhone itu terjatuh di ceruk tempat yang orang ramai tidak sedar. Ia kekal di situ sehinggalah di stesen terminal (stesen akhir).

Begitulah sikap orang Jepun. Inilah antara contoh sikap mereka seperti 6 contoh keadaan ini:

1. Ketika berlakunya gempa bumi besar pada 2011. Ia melibatkan penemuan duit dalam jumlah yang sangat banyak. Orang yang menjumpainya pun tidak mengambilnya tapi mengembalikan duit tersebut kepada pihak berkuasa.

Sumber Gambar: Facebook (@Kamal Zharif Bin Kamaludin)

2. Sejak kecil, kanak-kanak diajar untuk pulangkan duit walaupun hanya duit syiling 10 yen (RM0.42). Menurut seorang bekas anggota polis yang mengajar di Kansai University of International Studies, Toshinari Nishioka, beliau memberitahu walaupun jumlah yang dipulangkan macam itu sedikitnya, tetapi anggota polis akan berkata “Awak telah membuat kerja yang hebat”. Kemudian 10 yen yang hilang itu, polis menguruskan menggunakan prosedur SOP yang sama.

Sumber Gambar: Facebook (@Kamal Zharif Bin Kamaludin)

3. Sekiranya ada yang menggunakan servis beli makanan bento Uber Eats, orang Jepun boleh dengan selambanya letakkan duit kertas nilai terbesar 10,000 yen (RM400) di depan pintu rumah. Nanti apabila rider Uber Eats sampai, dia akan ambil duit itu dan letakkan duit baki semula di tempat sama.

Sumber Gambar: Facebook (@Kamal Zharif Bin Kamaludin)

4. Orang Jepun juga tidak ramai yang pasang gril besi pada tingkap dan pintu masuk utama rumah. Kunci utama hanya 1 atau 2 saja. Sekiranya anda ada guna perkhidmatan rumah konsep guest house ala-Airbnb nanti, tengoklah sendiri nanti tuan rumah hanya bagi password saja untuk buka pintu rumah. Memang tidak perlu pasang mangga bagai. 

Sumber Gambar: Facebook (@Kamal Zharif Bin Kamaludin)

5. Orang Jepun juga sudah biasa letak smartphone mereka di poket belakang. Kalau kita jalan di tempat-tempat sibuk macam tengah bandar Tokyo, boleh ternampak iPhone mereka tertonjol di belakang poket orang Jepun. Bila-bila masa saja orang boleh seluk iPhone tanpa masalah.

6. Kalau nak ‘cop’ tempat duduk di tempat food court, orang Jepun boleh dengan bersahaja letak beg mereka di tempat duduk yang mereka mahukan. “Wah, agak cuak kalau kita nak buat macam itu.”

“Power, huhu.” Bagi yang datang ke Jepun, kalian pun boleh terkejut dengan beberapa budaya Jepun yang pelik yang lain, kiranya macam culture shock. Percaya atau tidak, pada tahun 2016 Tokyo Metropolitan Police Department, bahagian Lost and Found Center menguruskan duit tunai sebanyak 3.76 bilion yen (RM145,874,177). 

Duit itu adalah duit yang hilang. Sama ada tercicir atau tertinggal di mana-mana tempat. 3/4 dari jumlah wang itu dapat dipulangkan semula kepada pemilik. Kalau hilang beg duit, data mungkin lebih mudah untuk dipulangkan semula kepada pemilik asal.

Jadi, apakah pendapat anda tentang budaya orang Jepun ini? Macam tak percaya kan sikap jujur dan amanah mereka sampai begitu sekali, tetapi tidak mustahil jika rakyat mereka sendiri telah dididik sejak kecil lagi.

Mungkin rakyat Malaysia boleh meniru budaya ini dan mempraktikkannya di negara kita sendiri. Manalah tahu dengan budaya seperti ini kemungkinan indeks jenayah atau insiden barang hilang atau kecurian dapat dikurangkan.

Semoga perkongsian lelaki ini sedikit sebanyak dapat memberikan pengajaran dan teladan kepada kita semua untuk mengambil perkara yang baik untuk kita jadikan contoh.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending. Kami adalah sebuah platform pinjaman peribadi yang menawarkan pinjaman bank & koperasi. Sekiranya anda adalah seorang penjawat awam dan ingin mendapatkan kewangan tambahan, sila layari platform kami untuk dapatkan tawaran terbaik. Kelulusan pinjaman secepat 2 hari bekerja. Semak secara percuma hari ini.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter