Ternak Haiwan Rare, Bekas Guru Raih Pendapatan Lumayan RM5,000 Bagi Seekor Dhab

Pernah ada dengar haiwan bernama Dhab? Bagi yang tinggal di Malaysia mungkin jarang dengar dan tahu mengenai haiwan ini. Dhab atau biawak padang pasir sebenarnya berbeza dengan biawak spesis lain. Tahukah anda, dhab adalah spesis haiwan biawak yang halal dimakan umat Islam.

Kebiasaannya ia menjadi makanan penduduk di negara Asia Barat khususnya padang pasir seperti Mesir dan Arab Saudi. Selain itu, dhab juga dipercayai adalah berkhasiat dari segi kesihatan.

Seorang bekas guru agama, Azhar Mohamad Shafawi berumur 49 tahun telah memilih untuk menternak dhab sekali gus menjanakan pendapatan yang lumayan. Harga seekor dhab yang sudah matang dianggarkan sekitar RM5,000.

Beliau sanggup meninggalkan profesion perguruan dengan menceburi bidang penternakan dhab.

Sumber Gambar: Agro Malaysia

Sumber Gambar: Agro Malaysia

Menurut sumber, beliau sanggup meninggalkan pekerjaannya sebelum ini sebagai guru agama sekolah kerajaan pada tahun 1998 bagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha itu.

Azhar dibantu oleh enam pekerja dan kini dia sudah mempunyai kira-kira 100 ejen yang memasarkan produk yang dihasilkan di bengkel yang juga terletak dalam perkarangan rumahnya itu yang membabitkan minyak urut, pil kapsul pati dhab, serta serbuk kopi campuran pati dhab.

“Bidang penternakan (dhab) ini pada saya sungguh berbaloi berbanding pekerjaan saya sebelum ini. Tambahan pula setahu saya, bilangan pengusaha atau penternak dhab di negara Malaysia sangat sedikit yang sekali gus menyebabkan permintaan terhadapnya begitu tinggi,” ujarya.

Bermula dengan hanya sepasang induk jantan dan betina, bilangannya kini hampir 100 ekor.

Sumber Gambar: Agro Malaysia

Walaupun tempoh tumbesaran dhab agak lambat, seekor dhab betina yang mencapai usia matang iaitu tujuh tahun mampu menghasilkan 20 sehingga 70 telur.

“Menternaknya juga tidaklah begitu sukar memandangkan ia hanya memakan sayur-sayuran yang tinggi kadar air serta kekacang sebagai sumber protein selain daya ketahanannya yang tinggi khususnya apabila cuaca panas dan kering.

“Haiwan pemangsanya juga tidak banyak serta dapat hidup bersama haiwan berbisa seperti kala jengking dan ular memandangkan haiwan pemangsa dhab yang diketahui hanyalah burung helang,” katanya.

Setiap hari juga beliau memperuntukkan RM50 untuk makanan haiwan itu yang terdiri dari sayur terutamanya kubis, sawi, daun salad dan kacang panjang termasuk kekacang seperti dal sebagai sumber protein.

“Saya cuba meniru suasana seakan-akan di habitat asalnya di negara Asia Barat dengan meletakkan pasir di kandang mereka selain membuat banyak lubang daripada gegelung PVC (Polyvinyl Chloride) sebagai sarang untuk mereka ‘berteduh’ dan bersembunyi,” ujarnya.

Sumber Gambar: Agro Malaysia

Apa pendapat anda mengenai penternakan dhab ini? Adakah anda juga ingin menceburinya pada suatu hari nanti?

Artikel ini ditulis oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi khas untuk kakitangan kerajaan. Terima kewangan tambahan secara percuma secepat 2 hari bekerja. Semak kelayakan anda secara percuma hari ini.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter