Direct Lending

6 Cara Berkesan Untuk Mengurangkan Kos Petrol Anda

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 27 April 2017 dan dikemas kini pada 23 Disember 2019.)

Kos sara hidup pada masa kini sedang naik secara mendadak dan semakin sukar untuk berjimat. Antara keperluan asas yang harganya semakin naik adalah kos petrol. Biasanya kenaikkan petrol akan membawa impak kepada banyak faktor dari segi makanan, logistik, pengangkutan dan selainnya.

Cara Berkesan untuk Mengurangkan Kos Petrol

Banyak orang bergantung pada minyak kereta untuk bergerak ke sana-sini. Oleh sebab itu, ianya penting untuk mengetahui cara-cara yang dibukti secara saintifik untuk menjimatkan minyak kenderaan! Berikut adalah beberapa cara yang berkesan untuk mengurangkan kos petrol!

1. Jangan Biarkan Enjin Berjalan Ketika Menunggu

Gambar oleh Digital Buggu

Jika anda perlu berhenti dan menunggu lebih daripada 30 saat, matikan enjin anda. Tak kiralah sama ada menunggu untuk mengambil ahli keluarga ataupun berhenti untuk membuat panggilan atas telefon bimbit, mematikan enjin dapat sedikit sebanyak mengurangkan pembaziran petrol yang sepatutnya digunakan untuk bergerak.

Sebagai alternatif, jika kereta anda mempunyai ‘eco mode’, aktifkan fungsi tersebut. Fungsi ‘start-stop’tersebut dapat membantu mengurangkan penggunnaan petrol. Kaedah ini adalah bermanfaat terutamanya apabila anda berada di dalam kesesakan lalu lintas.

2. Servis Kereta Anda

Gambar oleh Malte Lu

Penyelenggaraan kenderaan dari masa ke masa bukan sahaja dapat mengekalkan status kereta tetapi juga dapat meningkatkan effisiensi bahan api. Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang tarikh servis kereta yang seterusnya.

Selain itu, sentiasa pastikan tayar anda dipam dengan baik. Tayar kempis bukan sahaja berbahaya tetapi akan menggunakan lebih banyak petrol disebabkan lebih kuasa diperlukan untuk pergerakan.

3. Ringankan Kenderaan Anda

Gambar oleh CarBuyer

Jika kereta atau motosikal itu lebih berat, lebih kuasa diperlukan untuk menggerakkanannya. Oleh itu, cuba meringankan kenderaan anda dan buang benda-benda yang tidak diperlukan, terutamanya dari tempat duduk belakang dan but.

4. Elakkan Kesesakan Lalu Lintas

Gambar oleh Alexander Popov

Mungkin anda tidak tahu, tetapi kesesakan lalulintas boleh menyebabkan kenderaan anda membakar lebih petrol. Ini kerana setiap kali anda berhenti dan memacu semula, jumlah petrol yang digunakan lebih banyak berbanding jika anda menyusuri jalan pada kelajuan yang agak santai dan tetap.

Tip: Semak Google Map atau Waze sebelum memulakan perjalanan anda untuk mencari laluan yang lebih pantas.

5. Guna Kad Kesetiaan Petrol

Gambar oleh Lily Banse

Tukarkanlah ganjaran mata petrol anda kepada tunai. Anda juga perlu mengutamakan kemudahan diri anda sendiri terlebih dahulu di mana anda boleh mencari stesen minyak berdekatan dengan rumah atau tempat kerja anda. Dengan itu, anda boleh mula mencari stesen petrol yang menawarkan faedah yang terbaik untuk anda.

6. Amalkan Perkongsian Kenderaan

Gambar oleh Tech Wire Asia

Amalan ‘Carpool’ boleh dipraktikkan sama ada anda mempunyai kereta ataupun motosikal. Anda hanya perlu mencari rakan sekerja, ahli keluarga atau jiran yang bekerja di kawasan yang sama dengan anda. Anda tidak perlu membawa kenderaan keluar setiap hari dan hanya perlu memandu atau membonceng 3 atau 4 hari dalam seminggu. Strategi ini boleh mengurangkan penggunaan petrol anda sehingga 50% setiap minggu.

Tip: Cuba aplikasi seperti like Droupr atau Ryde untuk tambang yang lebih murah dan mengurangkan kesan karbon!

Subsidi Petrol untuk Golongan B40 & M40

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan seperti B40 dan M40. Seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2020, penerima di bawah inisiatif Bantuan Sara Hidup (BSH) akan menerima RM30 bulanan untuk  pemilik kereta manakala pemilik motosikal akan menerima RM12 efektif dari April 2020.

Subsidi ini hanya untuk kereta dengan kapasiti enjin 1600cc atau pengunaan melebihi 10 tahun. Subsidi motosikal pula untuk kapasiti enjin 150cc atau penggunaan melebihi 7 tahun. Subsidi ini boleh digunakan untuk satu kenderaan sahaja bagi setiap individu. Bagi individu yang tinggal di Sabah dan Sarawak, mereka tidak layak untuk menerima subsidi ini. Walau bagaimanapun, harga RON95 di sana akan disimpan pada kadar siling iaitu RM2.08 (kadar adalah tepat sewaktu artikel ini ditulis).

Bag pemandu yang bukan penerima BSH pula akan menerima Kad95 pada suku pertama tahun 2020. Kad khas ini memberikan subsidi petrol dengan diskaun 30 sen seliter dan terhad kepada 100 liter sebulan untuk kereta. Untuk motosikal pula, hadnya adalah 40 liter sebulan.

Sebagai Peringatan  

Dengan mengurangkan pengunaan petrol, anda dapat meningkatkan jumlah simpanan bulanan anda. Walau bagaimanapun, jika anda memerlukan bantuan kewangan apabila berdepan kecemasan dengan kenderaan, anda boleh mempertimbangkan pinjaman peribadi kami untuk sebarang kos pembaikan yang besar. Jika anda ada sebarang tip atau panduan peribadi untuk menjimatkan penggunaan petrol dalam kehidupan seharian, kongsikan di bahagian komen. Selamat memandu!

Ikutilah blog & Facebook kami untuk tips pengurusan kewangan yang berguna.

Direct Lending

Add comment