Direct Lending

Patutkah Anda Mengubahsuai Rumah Dengan Pinjaman Peribadi?

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 27 Oktober 2017 dan dikemas kini pada 27 November 2020.)

Aktiviti ubahsuai rumah adalah salah satu perkara yang paling mengujakan terutamanya bagi mencantikkan, membaik pulih dan membesarkan kediaman. Pengubahsuaian kecil seperti membaiki dan mengecat cuma memerlukan persediaan yang sedikit. Namun begitu, pengubahsuaian besar seperti menambah bilik dan menukar lantai memerlukan persediaan yang rapi. Persediaan yang penting bukan hanya dari segi rekaan dan binaan, tetapi tuan rumah juga memerlukan persediaan kewangan. Kerana jika tiada wang, bagaimana untuk ubahsuai rumah kan?

 

Jangan risau sekiranya ini adalah kali pertama anda rancang untuk dapatkan pinjaman peribadi untuk pengubahsuaian rumah. Sini, kami telah sediakan panduan mudah untuk bantu anda.

Panduan Mudah Untuk Menggunakan Pinjaman Peribadi Bagi Naik Taraf atau Ubahsuai Rumah

Ikutilah panduan mudah ini untuk merealisasikan konsep ubahsuai rumah anda. Panduan lengkap ini adalah cara berkesan untuk Dengan mengikuti langkah-langkah ini, projek ubahsuai kediaman anda akan bebas daripada masalah, bermula daripada perbincangan konsep, kerja pembinaan sehinggalah memperoleh dana bantuan.

1. Konsep Projek 

Gambar oleh dit26978

Keinginan untuk ubahsuai rumah selalunya terbit apabila tuan rumah mendapati kediaman mereka memerlukan perubahan drastik. Antara aktiviti ubahsuai yang lazim adalah pembesaran, baik pulih ataupun penambahbaikan menyeluruh untuk mengubah suasana kediaman. Apabila konsep telah ditetapkan, barulah perancangan boleh dilakukan dengan teliti.  Untuk dapatkan visualisasi yang lebih baik, anda boleh melihat Pinterest untuk dapatkan inspirasi reka bentuk. Daripada reka bentuk kontemporari hingga minimalis, Skandinavia, tradisional, Bali, industri, dan banyak lagi.

2. Kos Projek

Gambar oleh Pressfoto

Sesetengah projek ubahsuai rumah terutamanya yang berskala besar, memerlukan khidmat jurubina untuk menyediakan rekaan yang bersesuaian dengan konsep. Tetapi, jika rekaan tidak memerlukan khidmat jurubina, maka tuan rumah dapat berjimat kerana hanya perlu membayar kontraktor untuk melakukan kerja mereka.

Carilah kontraktor yang berkelayakan, boleh dipercayai, mempunyai pengurusan yang cekap dan paling penting kualiti kerjanya mempunyai rekod yang baik. Lakukan kajian latar belakang syarikat dan baca ulasan daripada pelanggan sebelumnya.

Anda juga boleh dapatkan nasihat daripada beberapa kontraktor untuk melihat rumah anda bagi tujuan memperoleh anggaran kos projek. Semak dan bandingkan setiap satu sebut harga yang diterima. Lakukan analisa mengenai senarai barangan, kos upah serta perbelanjaan berkaitan seperti kos perjanjian, permit dan lain-lain.

3. Pemilihan Kontraktor & Perancangan Kewangan

Gambar oleh Freepik

Sebut harga daripada kontraktor akan memberikan anda anggaran atau purata kos projek. Selain harga, jangka masa projek juga perlu tersenarai dalam sebut harga. Maklumat tersebut adalah penting bagi memberikan anda gambaran mengenai serba sedikit kerumitan yang perlu diharapi sepanjang tempoh projek dijalankan.

Pemilihan kontraktor yang baik adalah penting. Ingat ya, sebut harga yang murah tidak selalunya baik terutamanya dari segi kualiti kerja. Dapatkan kontraktor yang disyorkan oleh orang ramai bagi memperoleh tahap kesempurnaan kerja yang tinggi.

Tip ini adalah tidak wajib tetapi ia adalah wajar untuk anda dapatkan Kontrak Renovasi Rumah yang menyatakan syarat dan terma kerja pengubahsuaian. Kontrak ini bertindak sebagai perlindungan anda sekiranya ada berlakunya perselisihan faham dengan kontraktor.

4. Perancangan Kewangan

Gambar oleh Kate Mangostar

Apabila kontraktor telah dipilih, tiba masanya untuk menilai keadaan kewangan anda. Semak jika sebahagian daripada wang dapat diasingkan untuk membiayai kos projek. Jika kos terlalu tinggi untuk ditanggung, adalah lebih baik jika projek tersebut ditangguhkan untuk sementara waktu sehingga keadaan kewangan menjadi lebih kukuh. Tuan rumah boleh juga guna barang kitar semula atau DIY sebagai cara untuk jimatkan kos untuk pengubahsuaian.

Jika tidak dapat jalankan projek berskala besar, maka projek masih boleh diteruskan menerusi fasa-fasa tertentu untuk memastikan keadaan kewangan tidak terganggu. Memandangkan projek ubahsuai rumah berskala besar memerlukan kos yang tinggi, tuan rumah perlu lakukan penilaian mengenai dana bantuan atau pinjaman.

5. Pemilihan Dana Bantuan

Gambar oleh Freepik

Dengan pemilihan kontraktor dan pengiraan kos projek yang teliti, sudah tiba masanya untuk tuan rumah memilih dana bantuan yang paling sesuai untuk memulakan projek. Jika kos ubahsuai sangat tinggi, maka pinjaman gadai janji atau kemudahan pembiayaan semula pinjaman perumahan adalah pilihan yang munasabah. Kelebihan pilihan-pilihan tersebut adalah amaun pinjaman tinggi, kadar faedah rendah, tempoh pembayaran semula lebih panjang dan ansuran bulanan yang mampu milk.

Tetapi, jika anda ingin memperoleh pinjaman tanpa menawarkan cagaran, maka pinjaman peribadi adalah pilihan yang paling sesuai. Terdapat beberapa faktor utama menyebabkan kebanyakan rakyat Malaysia mengambil pilihan ini. Antara faktor utamanya adalah proses permohonan pinjaman peribadi yang mudah dan cepat. Tambahan pula, terdapat pemberi pinjaman yang menawarkan konsep pinjaman berkonsep Syariah.

Adakah anda masih tidak pasti patutkah anda memohon pinjaman peribadi untuk mengubahsuai rumah? Sini, kami huraikan antara kelebihan dan kekurangannya untuk bantu memudahkan anda membuat keputusan.

Kebaikan Menggunakan Pinjaman Peribadi Untuk Ubahsuai Rumah

1. Boleh dianggap sebagai ‘hutang yang baik’

Ada hutang yang baik dan hutang yang buruk. Meminjam untuk membuat pengubahsuaian boleh menjadi satu hutang yang baik jika ia dapat meningkatkan nilai rumah anda. Malah sebenarnya, beberapa perubahan untuk rumah anda seperti ubah suai dapur, pelandskapan dan penambahan ruang di dalam rumah dapat meningkatkan nilai rumah anda.

2. Jimatkan duit anda untuk jangka panjang

Menaik taraf rumah anda dengan teknologi hijau seperti panel solar, pencahayaan cekap tenaga dan bumbung pemesong haba dapat menjimatkan duit anda untuk jangka masa yang panjang; contohnya bil utiliti serta alat-alat pemanasan dan penyejukan dan sebagainya. Anda juga mungkin mahu mengubah suai rumah anda untuk menjaga dan mengekekalkan rumah supaya sentiasa dalam keadaan baik di mana anda boleh elakkan sebarang kerosakan besar dan yang mahal untuk masa akan datang.

3Meningkatkan standard hidup dan keselamatan

Sesetengah pengubahsuaian bukanlah tidak penting, tapi ia boleh membuatkan anda rasa lebih selesa berada di dalam rumah anda dan itu jugalah yang perlu anda ambil kira untuk membuat keputusan. Kalau dilihat pada sisi lain, projek-projek pembaikan rumah yang dapat meningkatkan keselamatan anda sememangnya menjadi satu keperluan penting!

Keburukan Menggunakan Pinjaman Peribadi Untuk Ubahsuai Rumah

1. Kemungkinan kadar faedah yang lebih tinggi

Memang betul pinjaman pembiayaan semula atau pinjaman pengubahsuaian itu sendiri boleh memberikan tawaran kadar faedah yang lebih rendah. Tapi anda kena selalu ingat yang anda sebenarnya akan membuat satu pinjaman rumah yang baru dan mencagarkan rumah anda.

2. Hidup lebih daripada kemampuan anda

Inilah yang menjadi satu kebimbangan bagi kebanyakan orang yang meminjam untuk projek pembaikan rumah. Anda mungkin terdorong untuk mengubah suai bahagian rumah anda yang tak diperlukan pun atau anda tak berkemampuan dan seterusnya terpaksa pula menanggung hutang yang tak diperlukan.

Bagaimana caranya untuk membuat keputusan?

Jika anda masih tidak pasti sama ada anda perlu memohon pinjaman peribadi bagi menampung projek pengubahsuaian rumah anda; jangan risau, kami ada beberapa cadangan yang mungkin dapat membantu anda.

Pertimbangkan pinjaman peribadi untuk mengubah suai rumah anda jika:

  • Anda tidak perlukan duit yang banyak dan hanya perlu ubah suai sedikit sahaja pada rumah anda
  • Pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang sangat rendah dan pelan pembayaran balik yang berpatutan
  • Anda perlukan duit untuk pembaikan rumah yang harus dibaiki
  • Anda mencari pinjaman fleksibel dan permohonan yang senang

Cuba cari pilihan pembiayaan yang lain dahulu jika:

  • Anda ingin membuat ubah suai secara besar-besaran dan perlukan duit yang banyak (lebih daripada RM 100,000)
  • Anda boleh menunggu dana pinjaman
  • Anda tidak teragak-agak untuk jadikan rumah anda sebagai cagaran

Akhir sekali, anda mungkin mahu tangguhkan dahulu untuk mengubah suai rumah anda jika anda tidak mampu membuat pembayaran balik untuk mana-mana jenis pinjaman. Dalam kes ini, elakkan sebarang risiko adalah pilihan yang terbaik, menyimpanlah dan lakukan pengubahsuaian secara tunai.  

Cadangan lain yang mungkin anda boleh buat ialah pengubahsuaian kecil-kecilan atau membeli barangan di kedai perkakas dan cuba membuatnya sendiri (DIY). Contoh kedai perkakas yang menjual dengan harga yang berpatutan adalah kedai Mr.DIY

Perlu dana untuk pengubahsuaian rumah anda?

Semak kelayakan anda secara percuma dengan Direct Lending dan kami akan bantu anda merealisasikan rumah impian anda. Kami adalah platfrom pinjaman peribadi yang menawarkan khas untuk penjawat awam. Pinjaman kami dari bank & koperasi adalah berkonsep Syariah. Dapatkan pinjaman kadar serendah 2.75% atau secepat 2 hari bekerja!

Direct Lending

Add comment