Disangka Produk Import, Ini 7 Jenama Terkenal Buatan Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

Pernah tak anda tertanya-tanya produk atau perkhidmatan yang kita beli dan sering gunakan seharian dari mana dan siapakah pemiliknya?

Sebenarnya ada beberapa produk atau perkhidmatan bertaraf antarabangsa yang ada di pasaran ketika ini asalnya dari tanah air kita sendiri. Percaya atau tidak, pastinya ada di antara kita juga pernah mendengar tentang jenama ini dan tidak menyangka membeli atau menggunakannya sebelum ini.

Menurut sumber, berikut di bawah adalah 7 jenama terkenal yang sebenarnya dari Malaysia yang ramai tak tahu:

1. British India

Sumber Gambar: British India

Bagi yang suka membeli-belah di pusat beli-belah terkemuka di Lembah Klang pastinya pernah melihat jenama British India ini. Malah, ianya sudah lama dianggap sebagai jenama import oleh kebanyakan rakyat Malaysia kerana dua perkatan ‘British’ dan ‘India’ itu membuatkan kita menyangka ia adalah jenama fesyen antarabangsa.

Sebenarnya, British India ini diasaskan pada tahun 1994 oleh rakyat Malaysia sendiri iaitu Pat Liew yang mempunyai pengalaman luas dalam industri peruncitan selama lebih 35 tahun.

Kini, British India menjadi jenama eksklusif dengan lebih 40 outlet di beberapa negara termasuklah Malaysia, Singapura, Thailand dan juga Filipina.

2. Padini

Sumber Gambar: The Star

Boleh dikatakan ini salah jenama fesyen yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia ketika membeli-belah. Manakan tidak, nama jenama ini gah sepertinya dari Itati tetapi hakikatnya ianya dimiliki oleh rakyat Malaysia sendiri.

Padini mula beroperasi sebagai Hwayo Garments Manufacturers Company pada tahun 1971, dengan kepakaran dalam menghasilkan pakaian dan menjual secara wholesale.

Selain itu, terdapat beberapa jenama lain yang bernaung di bawah Padini seperti VINCCI, MIKI, SEED dan banyak lagi.

3. The Manhattan Fish Market

Sumber Gambar: Sunway Putra Mall

Pastinya kita akan ingat jenama restoran Manhattan itu berasal dari New York, Amerika Syarikat tetapi hakikatnya ianya diasaskan oleh dua sahabat baik dari Malaysia.

Restoran yang diinspirasikan dari sebuah restoran Fulton Fish Market berusia 180 tahun di Brooklyn itu diasaskan oleh George Ang dan Dr Jeffrey Goh. Pertama kali dilancarkan di Singapura pada tahun 2008, restoran rangkaian makanan laut ini berjaya berkembang di Asia dan Timur dengan jumlah restoran sebanyak 67 buah.

Kini restoran ini beroperasi di negara seperti Qatar, Oman, Bangladesh, Jepun, Sri Lanka, India dan juga Myanmar.

4. Secret Recipe

Sumber Gambar: Malaysia Most Wanted Food

Siapa sangka jenama kafe Secret Recipe ini dibangunkan oleh rakyat Malaysia sendiri iaitu Datuk Steven Sim.  Usahawan terkenal berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini membuka outlet pertama Secret Recipe di SS2, Petaling Jaya pada tahun 1997.

Kini, setelah lebih 20 tahun beroperasi, Secret Recipe mempunyai lebih 440 buah kafe di beberapa negara termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei dan banyak lagi. 

Malah, negara seperti India dan New Zealand juga menjadi negara seterusnya bagi cawangan baru Secret Recipe.

5. Mamee

Sumber Gambar: Vulcan Post

Siapa je tak pernah makan snek jenama Mamee, tetapi tahukah anda Mamee ini sebenarnya diasaskan oleh Datuk Pang Chin Hin sendiri pada tahun 1971. Malah, Mamee juga telah diperbadankan pada 3 Ogos 1991 dan disenaraikan di papan utama Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) pada 18 Mac 1992.

Antara produk lain Mamee termasuklah Mister Potato yang menjadi pilihan pengguna sejak 1992 dan menjadi produk kentang nombor 1 di negara ini menurut AC Neilsen.

Kini, Mamee menjadi pengilang antarabangsa yang diiktiraf dengan lebih 50 produk di bawah 10 jenama di seluruh dunia.

6. Ogawa

Produk mesin urut Ogawa ini sebenarnya popular dalam kalangan Malaysia sejak dulu lagi, tambahan lagi kepada mereka yang suka ‘rehat’ di pusat beli-belah sambil menggunakan produk ini.

Tapi tahukah anda, produk mesin urut ini sebenarnya dimiliki oleh rakyat Malaysia iaitu Wong Lee Keong dan Lim Poh Kian.

Ogawa merupakan jenama kesihatan yang ditubuhkan pada tahun 1996 dan telah berkembang menjadi peneraju utama dalam industri reka bentuk, pembangunan serta pemasaran kesihatan individu serta mesin kesihatan di Malaysia.

7. Shangri-La Hotels and Resort

Sumber Gambar: Booking.Com

Lagi satu jenama yang sering kita ingat ianya adalah jenama hotel bertaraf antarabangsa ini milik orang asing. Tetapi hakitanya, rangkaian Shangri-La Hotels and Resort ini adalah milik hartawan Malaysia, Tan Sri Robert Kuok pada tahun 1971.

Biarpun hotel pertama syarikat ini mula beroperasi di Singapura pada tahun 1971, tetapi ia membawa makna besar dalam industri perhotelan tempatan dan antarabangsa.

Sehingga hari ini Shangri-La Hotels and Resort ini mempunyai rangkaian hotel mewah di Asia, Timur Tengah, Kanada dan Eropah.

Jadi, bagaimana? Mungkin anda baru tahu hari ini jenama-jenama ini asalnya dari Malaysia. Oleh itu, berbanggalah menjadi warganegara Malaysia kerana jenama kita sememangnya dikenali di persada antarabangsa.

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman peribadi bank & koperasi yang menawarkan pinjaman mudah, cepat & selamat khas untuk penjawat awam. Semak kelayakan anda secara percuma. Kadar mampu milik sekadar 2.75% atau secepat 2 hari bekerja.   

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter