Kalkulator Pinjaman Peribadi Malaysia

Ingin mohon pinjaman peribadi? Guna kalkulator ini untuk kira ansuran bulanan.

Kira ansuran bulanan pinjaman anda

Kalkulator pinjaman peribadi ini akan menganggarkan bayaran bulanan pinjaman anda. Masukkan jumlah pinjaman yang anda inginkan, faedah pinjaman dan tempoh pembayaran balik.


Amaun Pinjaman
RM
Kadar Faedah (p.a)
%
Tempoh Bayaran Balik
Bulanan

Penafian: Kalkulator pinjaman peribadi ini bertujuan untuk kegunaan peribadi sahaja. Kami tidak akan menyimpan atau menggunakan sebarang maklumat peribadi anda. Maklumat di atas tidak bermaksud sebagai satu tawaran kredit dan tidak menjamin bahawa kemudahan kredit yang dipohon akan diluluskan. Semua permohonan pembiayaan tertakluk kepada penilaian kredit dan kelulusan daripada rakan kongsi dan pembiaya di platform Direct Lending.

Cara Untuk Guna Kalkulator Pinjaman Peribadi

1

Masukkan amaun pinjaman dalam Ringgit Malaysia (RM).

2

Masukkan kadar faedah dalam peratus (%).

3

Masukkan tempoh pinjaman dalam bulan.

Pilihan Pinjaman Peribadi Terbaik Di Malaysia

Pilih, banding dan mohon pinjaman peribadi di platform Direct Lending yang sesuai untuk anda. Perkhidmatan kami 100% percuma.

Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi

Cara Mohon Pinjaman Peribadi Bank & Koperasi

Soalan Lazim

Salah satu kebaikan pinjaman peribadi, ianya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan mengikut keperluan anda. Ciri-ciri ini menjadikan pinjaman peribadi produk kewangan yang fleksibel dan meluas. Oleh itu, ia adalah popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Oleh kerana pinjaman peribadi membolehkan pemohon mohon secara online dan menerima pembiayaan secepat 1 hari, ianya boleh memberikan ketenangan fikiran dan sokongan kewangan yang luar biasa apabila berlaku kecemasan.

Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi, kami telah menyediakan panduan yang lengkap di dalam Soalan Lazim (FAQ) ini untuk membantu anda memahami lebih lanjut bagaimana pinjaman peribadi digunakan di Malaysia.

Apa itu pinjaman peribadi?

Pinjaman peribadi ialah sejumlah wang yang dipinjam oleh individu daripada institusi kewangan tertentu seperti bank, pemberi pinjaman wang berlesen, dan koperasi dengan kadar faedah dan tempoh yang dipersetujui untuk pembayaran balik pinjaman.

Sebaik sahaja anda menerima wang pinjaman, anda mula membayar balik pembiaya pada jadual yang telah ditetapkan sehingga jumlah pinjaman dibayar sepenuhnya.

Apakah perbezaan jenis pinjaman peribadi yang disediakan di Malaysia?

Terdapat dua jenis pinjaman peribadi yang tersedia: pinjaman bercagar dan tidak bercagar.

Apa itu pinjaman bercagar?

Pinjaman bercagar bermaksud anda dikehendaki untuk menawarkan aset (cth. kereta, rumah) sebagai cagaran sekiranya anda tidak dapat membayar balik pinjaman anda.

Ini bermakna pemberi pinjaman mempunyai hak untuk merampas aset yang anda senaraikan sekiranya anda tidak dapat membayar balik pinjaman dalam terma pembayaran balik yang dipersetujui.

Pinjaman yang lebih besar seperti pinjaman rumah juga mungkin memerlukan anda menyenaraikan penjamin sekiranya anda gagal membayar balik pinjaman anda.


Apa itu pinjaman tidak bercagar?

Pinjaman tidak bercagar ialah pinjaman di mana pemohon pinjaman tidak perlu menyenaraikan sebarang aset sebagai cagaran. Sebaliknya, pemberi pinjaman akan menilai kelayakan kredit anda berdasarkan kriteria berikut sebelum mereka meluluskan permohonan pinjaman:

  • Status pekerjaan
  • Penyata pendapatan anda (sekurang-kurangnya 6 bulan)
  • Skor kredit

Kriteria ini juga akan menentukan jumlah yang anda boleh pinjam, terma dan syarat pinjaman peribadi dan kadar faedah yang ditawarkan. Baca artikel kami tentang jenis pinjaman peribadi dan kadar faedah untuk maklumat lanjut.

Apakah maksud terma pinjaman peribadi ini?
  • Kadar Faedah (Interest Rate)

Kadar faedah adalah caj yang dikenakan ke atas jumlah pinjaman kepada peminjam yang meminjam wang daripada mana-mana institusi kewangan. Kebanyakan pinjaman peribadi di Malaysia menawarkan kadar faedah tetap (fixed interest rate) di mana kadar faedah tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman.

Sebagai contoh, anda memohon pinjaman bank koperasi sebanyak RM10,000 daripada Kuwait Finance House dengan kadar faedah tahunan 4.50% dan tempoh pinjaman selama 10 tahun. Oleh itu, ansuran bulanan anda adalah kira-kira RM120.83.

Oleh itu, anda perlu mempertimbangkan sama ada kadar faedah yang ditawarkan sesuai dengan kedudukan kewangan anda. Kadar faedah yang lebih tinggi bermakna anda perlu membayar ansuran bulanan yang lebih tinggi.

  • Per annum (p.a.)

Kadar faedah akan dikenakan pada mengikut kiraan setahun. Jika amaun pinjaman RM10,000 dengan kadar faedah 5% p.a., caj faedah ialah RM500 setahun. Jika tempoh bayaran balik dipanjangkan kepada 3 tahun, jumlah faedah akan menjadi RM1,500 (RM500 setahun x 3 tahun).

  • Jumlah Pinjaman (Principal)

Jumlah pinjaman yang anda mohon. Kadar faedah akan dikira berdasarkan jumlah ini dan ditambah di atasnya.

  • Bayaran Balik (Repayment / Instalment)

Repayment / Instalment ialah jumlah bayaran balik atau ansuran yang anda perlu bayar setiap bulan. Sepanjang tempoh pinjaman, bayaran balik bulanan atau ansuran adalah tetap setiap bulan, yang dikira pada jumlah amaun pinjaman kemudian dibahagikan dengan jumlah bilangan bulan.

  • Yuran Penyelesaian Awal (Early Settlement Fee)

Anda mungkin dikenakan Yuran Penyelesaian Awal jika anda membayar atau menjelaskan pinjaman anda lebih awal daripada tarikh yang dinyatakan dalam perjanjian pinjaman. Caj yang akan dikenakan ini adalah dalam bentuk peratusan daripada jumlah awal pinjaman anda.

Sebagai contoh, anda mungkin dikenakan bayaran RM100 atau 1% daripada jumlah pinjaman anda, atau mana-mana lebih tinggi.

  • Caj Bayaran Lewat (Late Payment Charges)

Ini adalah caj yang akan dikenakan oleh bank kepada anda sekiranya anda tidak dapat membayar ansuran pinjaman dalam jadual waktu yang dipersetujui. Bagi Pembiayaan Islamik, peminjam perlu membayar caj tambahan ini dan ia ditetapkan pada kadar 1% setahun, atau pada kadar yang telah dinyatakan dalam perjanjian Pinjaman Konvensional.

Walau bagaimanapun, cuba elakkan untuk terlepas bayaran, kerana ia akan menjejaskan skor kredit anda.

  • Penjamin (Guarantor)

Penjamin ialah individu yang bersetuju untuk membayar pinjaman anda jika anda gagal membayar balik pinjaman. Dalam sesetengah kes, institusi kewangan mungkin memerlukan penjamin untuk meningkatkan peratus kelulusan permohonan pinjaman.

Sesiapa sahaja boleh menjadi penjamin asalkan orang itu dapat memenuhi syarat untuk menjadi penjamin, iaitu:

  • Berumur 18 tahun dan keatas
  • Tidak mempunyai status muflis
  • Berfikiran waras dan mempunyai keupayaan mental untuk memahami dokumen jaminan
  • Sanggup terima syarat untuk jadi seorang penjamin
  • Cagaran (Collateral)

Cagaran ialah aset yang anda cagarkan sebagai jaminan untuk pinjaman. Aset tersebut seperti, rumah, kereta atau pun saham yang anda pegang. Dengan memberikan cagaran, anda telah berkata kepada bank bahawa “Saya berjanji untuk membayar balik kepada anda. Anda boleh mengambil rumah/kereta/saham saya jika saya gagal membayar balik.”

Jika anda tidak membuat pembayaran balik pinjaman anda, bank anda boleh mengambil cagaran anda secara sah dan menjualnya semula untuk menggantikan jumlah kerugian mereka.

  • Tempoh (Tenure/Period)

Tenure / Period ialah tempoh pembayaran balik pinjaman anda. Semakin lama tempoh pinjaman, semakin rendah bayaran balik bulanan anda, tetapi semakin tinggi caj faedah yang dikenakan.

  • Rebat (Rebate)

Sesetengah institusi kewangan menawarkan rebat untuk peminjam jika mereka berjaya membayar balik jumlah penuh pinjaman sebelum tamat tempoh pinjaman yang dipersetujui. Secara amnya, kebanyakan bank konvensional di Malaysia mengira rebat berdasarkan 'Peraturan 78', manakala rebat pinjaman Islamik dikira menggunakan formula 'Ibra'.

  • Jumlah Faedah Yang Dibayar

Jumlah faedah yang anda akan bayar sepanjang tempoh pinjaman. Secara umum, lebih lama tempoh bayaran balik pinjaman, semakin banyak jumlah faedah yang anda kena bayar.

  • Yuran Pengendalian, Yuran Pemprosesan & Duti Setem

Sesetengah institusi tidak mengenakan sebarang bayaran pengendalian atau pemprosesan. Sebaliknya, yuran duti setem adalah kira-kira 0.5% ke atas pinjaman atau dalam istilah yang lebih mudah, caj sebanyak RM5 dikenakan ke atas setiap RM1,000 pinjaman. Sebagai contoh, jika jumlah pinjaman anda ialah RM10,000, duti setem ialah RM50.

Biasanya, sebarang caj atau yuran akan ditolak secara automatik daripada pinjaman itu sendiri. Jika anda diminta oleh pembiaya untuk membayar deposit sebagai yuran pemprosesan, ini mungkin penipuan pinjaman. Anda harus sentiasa ingat bahawa penyedia pinjaman bertauliah tidak akan meminta anda untuk sebarang bayaran sebelum anda menerima pinjaman.

  • Insurans/ Takaful

Secara amnya, peminjam akan menerima perlindungan insurans untuk melindungi daripada potensi kemungkiran pinjaman akibat kemalangan yang boleh menyebabkan hilang upaya kekal menyeluruh (TPD) atau kematian. Ini adalah cara untuk melindungi kedua-dua peminjam dan pemberi pinjaman. Walau bagaimanapun, sesetengah pemberi pinjaman tidak memerlukan peminjam mereka untuk mendapatkan perlindungan insurans sama sekali terutamanya untuk pinjaman jangka pendek dengan tempoh pinjaman kurang daripada 3 tahun.

Apakah perbezaan antara pembiayaan Islamik dan pinjaman konvensional? Mana satu yang terbaik untuk saya?

Apa itu pinjaman konvensional?

Pinjaman konvensional mengikut prinsip pembiayaan konvensional di mana pemberi pinjaman meminjamkan wang kepada pelanggan seperti anda dan memperoleh keuntungan daripada faedah yang anda bayar ke atas pinjaman anda setiap bulan.

Apa itu Pembiayaan Islamik?

Pembiayaan Islam mengikut prinsip pembiayaan Syariah yang melarang Riba (urus niaga berasaskan faedah). Sebaliknya, ia adalah berdasarkan konsep pendapatan melalui penjualan komoditi seperti:

Pembayaran Tertunda: di mana anda akan membayar balik Harga Jualan Barangan Bank atas dasar tertunda melalui pembayaran bulanan. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh boleh artikel mengenai Pembiayaan Islamik di blog kami.

Apakah cara untuk gunakan pinjaman peribadi?

Jika kita melihat secara objektif, ada beberapa sebab praktikal untuk mohon pinjaman peribadi:

  • Pendidikan
  • Pelaburan
  • Wang tunai kecemasan
  • Pembiayaan untuk perniagaan
  • Beli aset (rumah, kereta, peralatan dll)
  • Penyatuan hutang

Ini adalah sebab-sebab utama kenapa orang mohon pinjaman peribadi.

Bilakah saya perlu memohon pinjaman peribadi?

Walaupun terdapat banyak sebab untuk mendapatkan pinjaman peribadi, kami cadangkan anda untuk memohon pinjaman peribadi yang boleh membantu anda menguruskan kredit anda dan boleh membantu anda menjana pendapatan. Antara sebab-sebab lain untuk mendapatkan pinjaman peribadi termasuklah:

  • Untuk menguruskan hutang anda dengan lebih baik melalui penyatuan hutang

Jika anda mempunyai beberapa pinjaman dengan baki tertunggak – seperti pinjaman peribadi dan baki kad kredit – kaedah menyatukan hutang anda dalam satu pinjaman peribadi yang baru dengan kadar faedah yang lebih rendah akan membantu anda menguruskan hutang dengan lebih baik. Selain dapat mengurangkan jumlah bayaran faedah dan dapat menetapkan jumlah bayaran balik bulanan, ianya juga lebih senang untuk menguruskan satu akaun pinjaman sahaja.

Anggarkan penjimatan bila anda satukan semua hutang ke satu pinjaman baru dengan kalkulator pinjaman peribadi overlap.

  • Untuk meningkatkan skor kredit anda

Mengambil pinjaman peribadi dan pembiayaan semula pada waktu yang sesuai dan tepat dapat menunjukkan kepada bank yang anda boleh dipercayai dengan kredit (a.k.a wang yang dipinjam). Sebagai contoh: Memilih pinjaman peribadi dengan kadar faedah rendah untuk membayar baki kad kredit anda – ini bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga boleh meningkatkan skor kredit anda jika anda membuat pembayaran balik tepat pada masanya!

  • Untuk membayar kecemasan perubatan

Kesihatan fizikal anda hendaklah sentiasa diutamakan daripada kesihatan kewangan anda. Jika anda atau insan yang tersayang berhadapan dengan situasi kecemasan kesihatan yang tidak dijangka, mengambil pinjaman peribadi adalah salah satu penyelesaian paling mudah untuk dapatkan rawatan perubatan yang diperlukan.

Berapa banyak yang boleh saya pinjam untuk pinjaman peribadi?

Ini bergantung dengan status pekerjaan, pendapatan dan skor kredit anda. Jumlah pinjaman maksimum yang boleh anda pinjam melalui pinjaman peribadi di Malaysia ialah RM350,000, bergantung kepada institusi kewangan. Walau bagaimanapun, gaji anda juga memainkan peranan dalam menentukan jumlah pinjaman yang anda layak. Peminjam biasanya boleh meminjam sehingga empat kali ganda daripada gaji bulanannya.

Gunakan kalkulator pinjaman peribadi Direct Lending untuk menganggarkan ansuran bulanan sebelum memohon pinjaman peribadi yang bersesuaian dengan keperluan dan kelayakan anda.

Apakah syarat am untuk memohon pinjaman peribadi di Malaysia?

Secara umumnya, terdapat tiga keperluan asas untuk memohon pinjaman peribadi di Malaysia. Ini adalah:

  • Anda mestilah berumur antara 18 dan 65 tahun.
  • Anda mestilah warganegara Malaysia (sesetengah bank akan membuat pengecualian jika anda memohon secara peribadi).
  • Anda tidak muflis/bankrap.

Walau bagaimanapun, setiap pembiaya akan mempunyai syarat kelayakan tersendiri berdasarkan seperti status pekerjaan anda, pendapatan dan skor kredit anda.

Apakah dokumen yang perlu saya sediakan untuk memohon pinjaman peribadi?

Jenis dokumen berbeza dari pembiaya kepada pembiaya, bergantung pada jenis pekerjaan anda. Untuk mempercepatkan proses permohonan pinjaman anda, pastikan anda telah menyediakan semua dokumen yang diperlukan. Berikut adalah dokumen am yang perlu anda sediakan untuk memohon pinjaman peribadi di Malaysia:

  • Salinan NRIC anda
  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Penyata bank 3 bulan terkini
  • Dan sekurang-kurangnya satu (1) daripada:
    • Borang cukai pendapatan terkini (Borang B atau Borang EA/EC)
    • Sebarang dokumen sokongan terkini seperti penyata KWSP, jika perlu

Berapa banyak yang boleh bank pinjamkan kepada saya?

DSR ialah alat untuk mengukur aliran tunai selepas anda menyelesaikan komitmen hutang.

Bank menggunakan pengiraan ini untuk melihat sama ada anda mempunyai duit yang cukup untuk membayar ansuran bulanan mengguna formula:

Jumlah Komitmen Bulanan ÷ Jumlah Pendapatan Bulanan x 100% = DSR
contoh, RM1,500 ÷ RM3,000 x 100% = 50%

Terdapat persetujuan mengenai tahap DSR yang ideal untuk meningkatkan peluang kelulusan pinjaman: jumlah komitmen bulanan anda tidak boleh melebihi jumlah pendapatan bulanan anda.

Dalam contoh yang diberikan di atas, jumlah komitmen pinjaman adalah 50% daripada jumlah pendapatan bulanan, yang bermaksud peminjam memperuntukkan separuh daripada pendapatan bulanannya untuk membayar hutang sahaja, dengan hanya sedikit ruang untuk menyimpan, berbelanja dan melabur (jika ada).

Dalam kes ini, bank selalunya akan menurunkan jumlah pinjaman, yang akan menurunkan tahap DSR anda.

Anda boleh membuat pengiraan DSR anda sendiri sebelum permohonan pinjaman untuk meningkatkan peluang kelulusan.

Bagaimanakah kadar faedah pinjaman peribadi dikira?

Kadar faedah ditentukan oleh pemberi pinjaman berdasarkan Kadar Asas (Base Rate) dan ditambah dengan margin yang ditentukan. Nombor ini dipanggil sebagai Kadar Pinjaman Efektif (Effective Lending Rate). Sebagai contoh, Maybank mempunyai BR sebanyak 1.75% ditambah margin 1.50%; ini bermakna kadar faedah yang dikenakan kepada anda ialah 3.25%.

Kadar peratusan tahunan digunakan untuk menunjukkan kadar faedah (Annual Percentage Rates). Ini menunjukkan bahawa faedah dikira setiap tahun dan bukannya secara bulanan. Untuk mendapatkan kadar faedah bulanan, hanya bahagikan APR dengan 12 bulan.

Lawati blog Direct Lending untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara Kadar Asas berfungsi di Malaysia.

Di manakah saya boleh memohon pinjaman peribadi?

Ada dua cara anda boleh memohon pinjaman peribadi di Malaysia: online dan offline.

Secara peribadi, anda boleh melawat cawangan bank yang anda pilih, berjumpa dengan wakil pinjaman, melengkapkan borang permohonan, menyediakan dokumen sokongan dan menyerahkannya.

Cara lain adalah dengan menghubungi pusat hubungan perkhidmatan pelanggan bank.

Dengan cara ini, ia memberi anda perkhidmatan yang lebih diperibadikan walaupun kelemahannya ialah, anda mungkin tidak mempunyai fleksibiliti dari segi masa dan wang.

Anda juga boleh membandingkan pinjaman peribadi dalam talian dengan mudah dan memohonnya.

Anda juga boleh menggunakan beberapa alat untuk mengetahui skor kredit anda, mengira kemampuan pinjaman, memuat turun penyata dan banyak lagi – semuanya di hujung jari anda.

Di Direct Lending, kami mempunyai pelbagai jenis pinjaman peribadi yang boleh memenuhi segala keperluan anda dan permohonan pinjaman dalam talian yang cepat dan mudah. Klik sini untuk mohon.

Berapa lamakah pinjaman peribadi diluluskan?

Proses kelulusan boleh sepantas 1 hari bekerja, bergantung kepada bank atau penyedia pinjaman. Semak senarai pinjaman kelulusan pantas Direct Lending yang boleh memproses permohonan anda dan mengeluarkan pinjaman kepada anda dalam masa 48 jam.

Adakah saya perlu membayar sebarang yuran (bayaran pendahuluan, deposit dll) untuk memohon pinjaman peribadi?

Tidak, tiada bayaran pendahuluan diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi atau memproses permohonan anda di Malaysia. Direct Lending menyediakan perkhidmatan yang percuma kepada pengguna mereka. Jika anda dikehendaki membayar yuran tersebut, segera hubungi pihak berkuasa. Ketahui lebih lanjut tentang penipuan pinjaman di Malaysia dengan membaca artikel di blog kami.

Apakah faktor yang mempengaruhi kelulusan pinjaman peribadi saya?

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi peluang permohonan pinjaman anda diluluskan:

  • Sejarah anda membayar bil dan pinjaman lain
  • Jenis pinjaman dan kad kredit lain yang anda miliki
  • Tempoh masa sejarah kredit anda
  • Bilangan permohonan pinjaman yang telah anda buat dalam tempoh 12 bulan yang lalu
  • Sebarang tindakan undang-undang yang telah diambil terhadap anda
  • Semua faktor ini dikira sebagai sebahagian daripada skor kredit anda. Untuk mengetahui lebih lanjut, baca artikel kami tentang semua yang anda perlu ketahui tentang skor kredit.
Apakah skor kredit? Bagaimanakah ia menjejaskan kelulusan pinjaman peribadi saya?

Skor kredit, ialah penarafan berangka 3 digit yang menilai kelayakan kredit peminjam yang berdasarkan sejarah kredit mereka.

Skor kredit yang baik boleh meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan pinjaman yang diluluskan dengan kadar faedah lebih rendah dan kelulusan pinjaman lebih cepat.

Skor kredit yang tinggi bermakna anda disukai oleh bank, manakala anda mungkin tidak sesuai atau akan ditolak jika mempunyai skor kredit yang rendah. Jadi bagaimana anda boleh menyemak skor kredit anda?

Sejarah kredit anda disimpan dan direkod oleh pangkalan data Bank Negara Malaysia (BNM) yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), dan ia boleh diakses oleh Agensi Pelaporan Kredit (CRA) seperti Experian Credit & Information Services (dahulu dikenali sebagai RAM Maklumat Kredit (RAMCI)), CTOS dan Biro Kredit Malaysia untuk menjana skor kredit anda.

Ketahui lebih lanjut cara menyemak laporan CCRIS dan CTOS anda dalam blog kami.

Apakah yang perlu saya lakukan untuk meningkatkan skor kredit saya?
  • Buat pembayaran tepat pada masanya, pada atau sebelum tarikh tamat tempoh. Ia mencerminkan kredibiliti anda apabila anda tertunggak dua bulan atau lebih.
  • Elakkan permohonan kredit yang banyak dalam satu masa. Jika permohonan ditolak ianya akan direkod terus di dalam laporan kredit anda. Oleh itu, semak syarat kelayakan pinjaman dan pilih produk yang paling sesuai dengan kemampunan anda.
  • Bayar penuh hutang tertunggak yang lebih kecil. Ini memudahkan anda untuk memenuhi komitmen kewangan semasa, yang menjadikan anda kelihatan lebih baik kepada pemberi pinjaman.

Untuk info lebih lanjut, baca artikel kami tentang cara untuk meningkatkan skor kredit anda.

Siapa Direct Lending Apakah jenis pinjaman yang disediakan oleh Direct Lending?

Direct Lending adalah platform pinjaman digital yang membolehkan peminjam mencari, memohon dan menerima pembiayaan yang paling sesuai dengan mereka.

Produk pinjaman peribadi di platform Direct Lending sesuai untuk sektor swasta dan kakitangan awam di Malaysia.

Bagi penjawat awam, kami menawarkan pinjaman bank dan koperasi yang anda boleh perolehi daripada rakan kongsi pembiayaan kami yang terkenal dan berwibawa.

Bagi sektor swasta, anda boleh memohon pinjaman peribadi yang selamat daripada lebih 15 rakan kongsi pinjaman berlesen di Malaysia untuk memenuhi keperluan pembiayaan anda.

Bagaimanakah kalkulator pinjaman peribadi berfungsi?

Kalkulator Pinjaman Peribadi Direct Lending direka untuk membantu anda menganggarkan jumlah pembayaran balik pinjaman peribadi bulanan.

Anda boleh guna kalkulator pinjaman peribadi untuk mendapatkan idea tentang jumlah bayaran bulanan yang anda mampu. Pertama, masukkan jumlah pinjaman, kemudian masukkan kadar faedah pinjaman dan tempoh pinjaman.

Saya seorang penjawat awam, bagaimana cara saya memohon pinjaman peribadi melalui platform Direct Lending?

Proses permohonan pinjaman kami adalah cepat dan mudah. Dalam masa beberapa minit anda boleh mengetahui kelayakan pinjaman anda dan kadar indikatif serta-merta. Kami akan meminta anda memberikan beberapa butiran peribadi, seperti pekerjaan anda, pendapatan bulanan, komitmen pinjaman semasa dan pendidikan.

Anda hanya perlu memberikan dokumen pengenalan diri dan pendapatan, jika anda menyukai kadar anda dan ingin meneruskan permohonan pinjaman tersebut.

Sila pastikan maklumat yang anda berikan adalah tepat kerana maklumat tersebut akan disahkan.

Langkah 1: Klik mohon sekarang dan beritahu kami apa yang anda perlukan
Langkah 2: Bandingkan dan pilih produk yang paling sesuai dengan anda
Langkah 3: Hantarkan dokumen anda dan pegawai pinjaman kami yang mesra akan menghubungi anda untuk melengkapkan permohonan pinjaman

Mohon dan semak kelayakan anda secara percuma 100%. Tiada caj tersembunyi atau yuran pemprosesan. Klik di sini untuk memohon.

Saya bekerja di sektor swasta, bagaimana cara saya memohon pinjaman peribadi melalui platform Direct Lending?

Proses pendaftaran yang cepat dan mudah dalam 3 langkah mudah:

Langkah 1: Isi borang permohonan dalam talian dan pilih pemberi pinjaman yang anda ingin mohon
Isi borang dalam talian kami yang ringkas dengan butiran peribadi anda yang berkaitan dan beritahu kami berapa banyak dan berapa lama anda ingin meminjam. Kemudian pilih pemberi pinjaman yang sesuai dengan anda.

Langkah 2: Hubungi pemberi pinjaman untuk semakan dan pengesahan kredit
Pemberi pinjaman yang anda pilih akan menghubungi anda melalui e-mel atau telefon untuk jika anda memenuhi kelayakan pinjaman untuk pengesahan lanjut

Langkah 3: Serahkan dokumen yang diperlukan dan tandatangani perjanjian
Setelah proses pengesahan selesai, anda boleh mengemukakan dokumen yang diperlukan iaitu, Kad Pengenalan, slip gaji dan penyata bank 3 bulan terkini, borang pengisytiharan cukai, penyata KWSP atau cukai terkini dan bil utiliti (seperti bil elektrik, air & lain-lain) sebelum pergi ke pejabat pemberi pinjaman untuk menandatangani perjanjian.

Mohon dan semak kelayakan anda secara 100% percuma. Tiada caj tersembunyi atau yuran pemprosesan. Kad ATM tidak diperlukan. Klik sini untuk mohon.

Saya seorang ekspatriat, bolehkah saya mendapatkan pinjaman peribadi melalui platform Direct Lending?

Kami tidak dapat memproses permohonan pinjaman peribadi untuk ekspatriat, kami nasihatkan anda untuk melawat cawangan bank untuk memohon.

Saya menganggur, bolehkah saya mendapatkan pinjaman peribadi melalui platform Direct Lending?

Sama seperti kebanyakan bank, kami juga memerlukan beberapa bukti pendapatan untuk mendapatkan pinjaman peribadi. Oleh itu, kami tidak dapat memproses permohonan pinjaman untuk individu yang menganggur.

Saya seorang pelajar, bolehkah saya mendapatkan pinjaman peribadi melalui platform Direct Lending?

Syarat umur minimum untuk pinjaman peribadi di Malaysia ialah 18 tahun. Walau bagaimanapun, anda perlu mempunyai aliran pendapatan yang konsisten untuk layak mendapatkan pinjaman. Anda layak untuk mendapatkan pinjaman peribadi jika anda memenuhi semua kriteria di bawah:

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai penyata pendapatan sekurang-kurangnya 3 bulan, dan surat pengesahan pekerja.

Saya bekerja secara kontrak, bolehkah saya mendapatkan pinjaman peribadi melalui platform Direct Lending?

Anda layak untuk meminjam jika anda telah bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan, dan tempoh kontrak anda tamat sekurang-kurangnya 6 bulan lagi.

Saya pemilik perniagaan kecil, bolehkah saya mendapatkan pinjaman peribadi melalui platform Direct Lending?

Kami ada sediakan Pinjaman PKS Mikro untuk peniaga kecil. Klik sini untuk mohon.

Apakah julat kadar faedah pinjaman peribadi yang disediakan dalam Direct Lending?

Bagi pembiayaan peribadi kakitangan awam, kadar bermula dari 2.95% setahun bergantung kepada penyedia pembiayaan yang dipilih.

Bagi pinjaman wang berlesen dan pinjaman peribadi komuniti kredit, kadar faedah tidak melebihi 1.5% sebulan untuk pembiayaan tidak bercagar seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Adakah saya memerlukan penjamin atau sebarang cagaran untuk memohon pinjaman peribadi dalam Direct Lending?

Pinjaman peribadi adalah sejenis pinjaman tidak bercagar. Ini bermakna anda tidak perlu menyediakan sebarang cagaran atau melantik penjamin untuk membuat pinjaman wang.

Bolehkah saya overlap atau menyatukan pinjaman peribadi yang sedia ada?

Ya, anda boleh dan ini akan membantu anda mengurangkan komitmen bulanan dan membolehkan anda mendapatkan wang tunai tanpa meningkatkan hutang. Bagi penjawat awam, overlap pinjaman dengan bank atau koperasi yang sama, anda tidak perlu memohon surat penyelesaian hutang. Anggarkan penjimatan bila anda satukan semua hutang ke satu pinjaman baru dengan kalkulator pinjaman peribadi overlap.