5 Tips Bijak Berbelanja Ketika Jualan Akhir Tahun Atau Year End Sale - Direct Lending Malaysia

5 Tips Bijak Berbelanja Ketika Jualan Akhir Tahun Atau Year End Sale

Sumber: Giphy

Jualan akhir tahun atau Year End Sale (YES) kini kembali, mesti ramai yang akan bershopping sakan sampai tak ingat dunia tak lama lagi.

Iyalah, dengan kedai-kedai dan pasar raya adakan promosi jualan harga ‘runtuh’ dan murah sempena YES ini, tiba-tiba keinginan nak membeli itu memang datang membuak-buak.

Apatah lagi, sekarang ini semuanya di hujung jari korang. Dah tak payah keluar rumah dah, lagi senang sekarang beli melalui online je.

Korang pun mestilah tak senang duduk nak beli itu ini walaupun barang berkenaan tak memerlukan sangat pun.

Jadi, sebelum korang membeli-belah sempena YES ini, apa kata korang jadilah pembeli yang bijak, barulah selamat duit poket. Ikuti beberapa tips yang kami senaraikan di bawah ini:

1. Bandingkan harga barang

Sumber Gambar: Giphy

Buat perbandingan harga semasa korang membeli-belah. Ada barang berkualiti yang boleh didapati dengan harga yang murah dan berpatutan.

Kualiti produk yang mewah mungkin sama dengan jenama yang lebih murah. Jadi, janganlah alergik dengan produk ataupun jenama murah.

2. Buy 1 Free 1

Sumber Gambar: Giphy

Kalau ada promo beli 1 percuma 1 ini! Cepat-cepatlah grab sebelum korang terlambat, memang jimat banyak tau, bayangkan korang beli 1 baju pakej sekali dengan percuma 1 seluar. Bestnya!

Tapi sayangnya kadang-kadang saiz baju dan seluar yang kita nak itu selalunya takda. Jadi sebelum korang nak beli itu, check dulu saiz ada ke tak okay?

3. Guna coupon

Sumber Gambar: Giphy

Jangan malu untuk gunakan coupon daripada pasar raya atau outlet yang tawarkan penebusan coupon ini. 

Sebabnya korang boleh jimat banyak tau. Silap hari bulan korang bayar separuh je daripada harga sebenar! Jadi gunakan coupon korang sehabis mungkin.

4. Free shipping

Sumber Gambar: Giphy

Kalau siapa yang selalu beli barangan di online mesti tahu pasal free shipping ini. Tapi selalunya ada minimum pembelian yang ditetapkan. 

Tak susah pun, korang nak dapatkan free shipping ini, tanyalah dekat family, adik-beradik atau kawan-kawan korang kalau nak beli sekali. Dah jimat tak payah bayar kos untuk shipping barangan korang. 

5. Belilah produk keluaran tempatan

Sumber: Giphy

Ini ramai yang tak nak buat dan beli kalau sebut pasal barangan tempatan atau lokal. Korang tahu tak sekarang barangan lokal bukan macam dulu lagi.

Dah banyak yang berkualiti dan setanding dengan produk international tau. Lagi jimat duit korang. Jadi, sokonglah barangan Buatan Malaysia kita!

Ini antara tips yang korang boleh jadikan panduan untuk berbelanja ketika jualan akhir tahun YES nanti. Semoga bermanfaat untuk semua & selamat bershopping!

Artikel ini disediakan oleh Direct Lending – platform pinjaman bank & koperasi. Semak kelayakan secara percuma melalui sistem pintar kami. Dari pencarian, perbandingan & permohonan, semuanya kami boleh bantu anda. Kadar mampu milik serendah 2.75% atau secepat 2 hari bekerja.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *